Siakap Keli

Ramai Terlupa Trend Kerap Minum Bubble Tea Juga Boleh Buat Kewangan Peribadi ‘Sakit’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini, trend membeli teh mutiara atau turut dikenali sebagai bubble tea menjadi ikutan anak muda di seluruh dunia. Budaya ini telah menarik perhatian ahli akademik dari pelbagai bidang untuk mengkaji ketagihan tersebut.

Berdasarkan kajian makmal dilaporkan oleh Channel News Asia, secawan teh mutiara mengandungi sehingga 20 sudu gula menyamai 3 tin minuman berkarbonat Coca Cola. Bayangkan, satu perlima (100 g dari 500 ml) daripada minuman tersebut sendiri merupakan gula semata-mata. Bagaimana lah kalau kita ambil setiap hari, silap haribulan betul-betul kena potong kaki.

Selain itu, salah seorang pengarah syarikat perunding cara kerja, Moeko Ohno berkata, sesetengah golongan remaja yang terikut-ikut dengan trend ini mempunyai masalah keyakinan diri kerana ingin diterima oleh rakan sebaya antaranya dengan cara memuatnaik gambar minuman tersebut ke media sosial.

Trend ini tidak terlepas dari menjadi perbincangan kumpulan penasihat kewangan termasuk Financial Gory di Twitter.

Bukan sahaja tidak sihat untuk badan, tetapi juga kewangan

Murah untuk ketagihan, mahal untuk simpanan

Kos gaya hidup melebihi kos sara hidup

Jadi, apa pendekatan yang sesuai?

Saran Financial Gory, bagi mengimbangkan perbelanjaan akibat ketagihan dengan simpanan, hadkan pembelian kepada sekali seminggu dan simpan jumlah yang sama yang digunakan untuk memenuhi ketagihan tersebut. 

Berikut merupakan perkongsian asal akaun tersebut.

Sumber: Mothership.sg, Financial Gory (Azraei Muhamad), Channel News Asia

Amira

Love yourself.