Siakap Keli
Gambar: WOWK

SPRM Fail Permohonan Lucut Hak 41 Responden Bagi Menuntut Semula Wang 1MDB Sebanyak RM270 Juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah mengumumkan bahawa permohonan melucut hak 41 responden yang terdiri daripada individu dan entiti berkenaan kes penggubahan wang haram yang dilaporkan dilakukan melalui syarikat 1MDB telah berjaya.

Pihak SPRM telah berjaya memfailkan permohonan di bawah AMLA yang bertujuan untuk mendapatkan semula wang-wang yang telah dialih keluar daripada kes salah guna wang yang berlaku dalam 1MDB.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, SPRM telah memfailkan permohonan tersebut melalui Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan berharap agar duit sebanyak RM270 juta yang diambil dari dana 1MDB yang telah diagihkan kepada pelbagai entiti serta individu dapat dikembalikan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan sidang media yang dilakukan oleh pihak SPRM, ikuti perkongsian yang dikongsi oleh SPRM ini:

SPRM berjaya memfailkan permohonan bawah AMLA terhadap 41 responden untuk melucuthak bagi mendapatkan semula wang 1MDB yang disalah guna. Permohonan tersebut melibatkan nilai RM270 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

41 entiti yang telah dijadikan responden dalam permohonan yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan bermula pada 25 Jun, 10 Julai, 24 Julai dan 31 Julai.

41 responden yang disenaraikan adalah seperti berikut:
1.Ibrahim Bin Awang Ismail
2.Kasitah Bin Gaddam
3.Ismail Bin Abd Muttalib
4.Hasan Malek
5.Sim Sai Hoon
6.Abdul Manan Bin Ismail
7.Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA)
8.Akademi Pemuda
9.Parti Bersatu Rakyat Sabah
10.Yayasan Permata Malaysia
11.Yayasan Tun Hussein Onn
12.Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan
13.UMNO Bahagian Pekan
14.Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia
15.MCA Pahang State Liaison Committee
16.Sarawak United People’ s Party
17.Wanita MCA
18.Liberal Democratic Party (LDP) Sabah
19.Yayasan PBAKM
20.Binsabi Sdn Bhd
21.Rayhar Travels Sdn Bhd
22.K&Z Enterprise Sdn Bhd
23.IPG Mediabrands Sdn Bhd
24.Media Edge CIA (M) Sdn Bhd
25.Hattatex Trading
26.Jakel Trading
27.Jakel Trading Sdn Bhd
28.Perano Sdn Bhd
29.AGA Touch (M) Sdn Bhd
30.Habib Jewels Sdn Bhd
31.Naza Quest Auto Sdn Bhd
32.Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor
33.Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang
34.Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
35.Badan Perhubngan UMNO Negeri Johor
36.Barisan Nasional Bahagian Johor Bahru
37.Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah
38.Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
39.Bustari bin Yusuf
40.Yayasan Penyelidikan Transformasi
41.Yayasan Rahah

Sumber: FB SPRM

Aqmal Ezany

I write what is right