Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Public Radio International)

(Video)Imej Satelit Dedah Perubahan Tasik Yang Merisaukan, Lima Juta Penduduk Bakal Terjejas

Kemarau berpanjangan dan cuaca panas dengan suhu melampau menghantui salah satu bandar utama di India, Chennai sejak beberapa bulan yang lalu.

Kejadian ini bukanlah kemarau biasa yang dihadapi kawasan-kawasan lain di dunia. Ia telah menyebabkan mereka kini mengalami krisis air yang meruncing dan memberikan kesan kepada sekitar 5 juta penduduk di sana.

Malah, satu imej satelit telah menunjukkan perbezaan di antara keadaan Tasik Puzhal, tasik terbesar di Chennai pada Jun 2018 dan Jun 2019.

Foto: CNN/SATELLITE IMAGE ©2019 MAXAR TECHNOLOGIES.

Seorang pengguna di Twitter, @srini091 juga telah berkongsikan keadaan Tasik Chembarambakkam yang didakwa menjadi antara sumber air bagi penduduk di sana sebelum ini.

Keadaan ini ternyata menggusarkan penduduk dan mereka dikatakan sedang mengharapkan hujan monsun tiba di sana secepat mungkin.

Menurut laporan Time, untuk tempoh 1 Jun hingga 19 Jun yang lalu, Chennai hanya menerima sekitar 0.3 mm air berbanding 40mm air yang biasa diterima sebelum ini.

Malah, media tempatan turut melaporkan bahawa tahap simpanan air di sana kini berada di tahap antara paling rendah bagi tempoh 70 tahun. Beberapa buah perniagaan juga terpaksa ditutup.

Bagaimanapun, terdapat sedikit sinar bagi penduduk Chennai apabila hujan yang ditunggu-tunggu mula membasahi kawasan tersebut dan diharapkan agar keadaan sana akan mula berubah menjadi lebih baik selepas ini.

Sumber: Time/CNN

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi