Siakap Keli
Gambar : Nurul Erwani

“Dah Tak Reti Tidur, Kerja Main Tangan Je,” Ibu Bapa Dedah Perkembangan Terkini Ainul Mardhiah

Ainul Mardhiah, bayi comel seindah namanya yang senantiasa disebut-sebut dalam doa seluruh rakyat Malaysia. Bahkan berita tentangnya selalu dinanti-nantikan oleh semua yang ingin mengetahui pekembangan terbaru si cilik kepada pasangan Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani ini.

Setelah berjaya menjalani pembedahan mengeluarkan tumor seberat 200 gram di sebuah hospital di London, kedua suami isteri itu sering memuatnaik video mahupun gambar terbaru anak sulung mereka itu.

Malah, empat hari lalu, mereka sempat menerima kunjungan dari pelawat istimewa iaitu Perdana Menteri Malaysia ssendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang datang ke United Kingdom (UK) untuk lawatan kerjanya di sana.

Terbaru, Ahmad Safiuddin ada memuatnaik hantaran terbarunya di laman Facebook untuk berkongsi keadaan terkini Ainul.

Di kesempatan itu, Safiuddin turut membalas komen-komen netizen yang cakna dengan pekembangan tersebut, menurutnya:

“Alhamdulillah. Perkembangan ainul setiap hari bertambah baik. Tuan/puan semua orang orang baik yang sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan ainul. Semoga doa-doa yang baik tu Allah kembalikan semula kepada tuan/puan dan keluarga”

https://www.instagram.com/p/By_C800lOTh/?fbclid=IwAR1mceAohnee4nW1SG1XlHuPQFDuP2m8oaThJWkrPiwU-sqn-n2M8lQDins

Ibu Ainul, Nurul Erwani turut berkongsi sekeping gambar di laman instagramnnya yang memaparkan si ciliknya yang sedang tidur sambil memeluk patung arnab yang dibeli olehnya.

Sumber : Ahmad Safiuddin & Nurul Erwani 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.