Siakap Keli
Gambar Hiasan

Pasukan Veterinar Siasat Bangkai Paus Dijumpai Di Persisiran Pantai Chumphon

Ikan paus Bryde seberat 10 tan ditemui mati di Chumphon. Rata-rata para veterinar akan membuat sati bedah siasat punca kematiannya di pantai wilayah tersebut. Doktor haiwan dari Pusat Penyelidikan dan Pembangunan marin memeriksa mamalia tersebut selepas para nelayan menarik ke pantai Suan Son di Surat Thani.

Menurut Jabatan Sumber Laut dan Pantai, paus yag dijumpai terapung oleh sekumpulan nelayan telah berusia 10 tahun dan panjang 10.0 meter seberat 10 tan. Ikan ini merupakan salah satu daripada paus terbesar yang pernah ditemui di peraian Thailand.

Menurut Bangkok Post, kelibat ikan paus ini pernah dilihat sekitar 60 kali oleh penduduk sekitar sebelum ini. Ahli Veterinar, Watchara berkata, terdapat tiga kemungkinan paus itu mati.

Paus ini sama ada sakit dan terlanggar batu, terperangkap di jaring nelayan, ataupun dilanggar oleh bot tunda.

Ketua Pengarah Jabatan Jatuporn Buruspat berkata pegawai mencari maklumat lebih lanjut daripada nelayan, pengusaha pelancongan dan pelancong mengenai ikan paus. Beliau berkata bahawa mamalia saiz dan umur ini tidak mungkin akan mati secara semulajadi.

Paus Bryde biasanya boleh ditemui di setiap bahagian laut di seluruh dunia, namun ia lebih gemar berada di perairan yang suhunya sekitar 16 darjah Celcius atau lebih tinggi, misalnya di zon tropika dan subtropika.

 

Sumber: Bangkok post

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang