Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ramai Yang Keliru, Letak Penama KWSP Bukannya Pemilik Dan Penerima Mutlak 100%, Ini Penjelasannya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah institusi yang menyediakan sistem yang efisien untuk memastikan majikan melaksanakan tangggungjawab dan kewajipan untuk mencarum bagi pihak pekerja.

Ia akan dikreditkan ke dalam akaun pekerja mengikut kadar caruman semasa dan caruman terkini adalah 23% daripada gaji pekerja dimana 11% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikan .

Dan pastinya kita tahu setiap simpanan anggota KWSP akan dibahagikan kepada dua akaun, akaun I (70%) yang pengeluarannya hanya boleh dibuat apabila capai usia 55 tahun, hilang upaya, meninggalkan negara atau meninggal dunia dan akaun II (30 %).

Namun sebenarnya, ramai di kalangan kita yang tak tahu bahawa KWSP sebenarnya boleh diletakkan Penama. Oleh itu, seorang perancang kewangan, Lutfi Suib telah berkongsi di laman twitter mengenai kekeliruan dan isu ini.

Menurut Luthfi, apabila kita meletakkan penama KWSP, individu tersebut hanya bertindak sebagai pemegang amanah sahaja dan apabila seseorang itu meninggal dunia, duit simpanan itu dikategorikan sebagai harta pusakan kecil dan pembahagiannya tertakluk kepada hukum faraid.

Luthfi juga turut menjelaskan segala persoalan yang kerapkali muncul di benak masyarakat.

Selain itu, Luthfi turut menyatakan bahawa wang dalam akaun simpanan tersebut tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian.

Di samping itu, beliau tidak lokek memberi analogi tentang situasi yang mungkin akan dialami oleh individu.

Beliau tidak ketinggalan menjelaskan hukum faraid dan cara pembahagian yang sepatutnya.

 

Malah Luthfi juga mendedahkan kesalahan yang perlu dielakkan oleh pemilik akaun KWSP ini.

Oleh itu di akhir ciapannya, Luthfi menasihati agar semua pemilik akaun KWSP membuat perancangan yang betul untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini terjadi.

Sumber : Lutfhi Suib

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.