Siakap Keli

“Sham, Abah Balik Ni, Buka Pintu” Kisah Dikongsi Lelaki Ini Boleh Buat Diri Insaf

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ayah merupakan tulang belakang keluarga. Peranan dan pengorbanan seorang ayah cukup besar dalam membina sebuah keluarga walapun mereka sering dipinggirkan dari mendapat penghargaan masyarakat.

Biarpun terpaksa berusah payah meredah hujan panas, berteduh di bawah jambatan, seorang ayah akan tetap keluar mencari rezeki bagi memastikan keperluan keluarganya mencukupi.

Seorang pengguna Facebook, Bambikai telah mencoretkan sebuah kisah berkenaan seorang ayah dan anak yang mengandungi pengajaran untuk kita teladani.

“Sham, abah balik ni. Bukak pintu.”

“Abah dah beli dah belon yang Sham nak!”

Dah banyak minggu dah anak laki aku sorang tu ajak aku pergi pasar malam. Selalu tunjuk kat benda alah ni. Tapi aku jegil garang kat dia.

“Mahal benda ni! Tak payah! Nak buat apa!”

Budak tu diam. Tapi tiap minggu dia ajak aku pergi ke tempat yang sama. Tapi respon aku macam biasalah. Tak payah layan sangat kehendak bebudak. Ibu bapa kan kena fikirkan yang terbaik untuk anak. Ni bukan benda yang baik.

Aku tengok anak aku tu makin lama, makin tak nak bercakap dengan aku. Lepas solat jemaah, biasa dia cium pipi aku. Tapi tak, dia salam tangan aku je.

Gambar hiasan

Then, sampailah minggu ni banyak benda tak elok jadi kt aku. Hari Isnin lepas, masa aku on the way pergi kerja, kereta berasap. Kipas aircond tak berfungsi. Melayang duit aku.

Kemudian, dalam mesyuarat, kertas kerja aku kena tolak. Tak cukup spesifikasi.

Kemudian, balik rumah, bini aku buat hal. Nak pakai duit katanya duit kutu dia tak bayar lagi. Aku jerkah dia apesal tak bagitau aku dia main kutu senyap senyap.

Hangin betul aku. Sudahnya bini aku tak bercakap dengan aku seharian. Ah, lantak.

Hari ni, aku pegi kerja macam biasa. Tak guna betul la. Kipas aircond buat hal lagi. Tersadai aku tepi jalan. Mujur ada seorang pakcik datang tumpangkan aku ke tempat kerja. Masa dalam kereta, dia buka radio. Ustaz mana entah bagi tazkirah, peh.

“Rezeki kita ni makin berkurang, makin sempit, susah nak masuk kadang sebab sikap berkira kita dengan ahli keluarga kita sendiri. Mungkin kita tak baik dengan isteri kita, kedekut dengan anak-anak kita.”

Masa tu la aku dah bergenang air mata. Bapak ah sedih aku rasa. Teringat aku dah marah isteri dan anak aku. Pakcik sebelah aku cakap, betul apa ustaz tu cakap. Dia dulu walau gaji sikit, dia amalkan belanja makan anak-anak dan isteri. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kehidupan. Hidup pun tenang tak serabut.

Apa lagi, aku cepat-cepat singgah pasar malam balik kerja. Belikan anak aku benda yang dia nak tu. Aku balik cepat-cepat ke rumah.

“Sham, bukak pintu! Abah minta maaf!”

Pintu seketika terbuka. Aku masuk ke dalam rumah. Isteri aku nampak menangis sugul di sebelah tilam toto anak aku.

“Anak kita sampai demam. Abang la punca!”

Aku terus menerpa ke arah anakku. Dakap erat-erat.

“Shammmm, abah dah beli ni…bangunlah..bangun..”

Anakku diam membisu. Air mataku tumpah berderai. Sesal sejuta rasa.

“Shammmm..bangun…bangun…sedarlah…”

Bangunn!

Aku membuka mataku yang penuh air mata..

Eh..

Eh….

Aku masih single rupanya.

Taguna.

Walaupun kisah ini hanya rekaan semata, tapi ada pengajaran yang besar di sebaliknya. Kadangkala, kita berasa tidak tenang kerana perbuatan kita sendiri. Setiap ujian yang menimpa merupakan peringatan daripada-Nya untuk bermuhasabah kembali di mana silap kita.

Kedekut dengan anak isteri tidak membuatkan anda kaya. Sebaliknya, dengan bermurah hati terhadap merekalah, pintu rezeki akan terbuka dengan lebih luas. Perlu diingat, rezeki tidak semestinya datang dalam bentuk harta benda. Kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan keluarga merupakan rezeki yang termahal.

“You make a living with what you get, you make a live with what you give.”

Sumber: Bambikai

Amira

Love yourself.