Siakap Keli
Gambar Hiasan

Terkini : Tiga Kes Baharu Gelaja Pernafasan Dikesan Melibatkan Orang Asli Kuala Koh

Dua minggu ini kita sering disajikan dengan berita duka yang melanda penduduk Orang Asli Kampung Kuala Koh. Pada mulanya perkara ini menjadi misteri apabila beberapa penduduk di situ meninggal dunia tanpa diketahui sebab.

Mereka hanya mempungai tanda-tanda jangkitan kuman di saluran pernafasan. Namun persoalan itu akhirnya terjawab apabila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengesahkan bahawa mereka menghidap jangkitan demam campak (measles).

Menurut beliau lagi, perkara itu terjadi kerana imunisasi measles yang rendah iaitu hanya 61.5 peratus bagi suntikan dos pertama vaksin Mump, Measles dan Rubela (MMR) dan 30 peratus bagi suntikan dos kedua.

Terbaru, Dr. Zulkefly memaklumkan bahawa terdapat tiga kes lagi baharu gejala saluran pernafasan dalam kalangan orang Asli suku Bateq Kampung Kuala Koh, Gua Musang dikesan hari ini.

Sumber : Bernama

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.