Siakap Keli
Gambar Hiasan

Thailand Keluarkan Larangan Merokok Di Dalam Rumah Tidak Lama Lagi

Mulai 20 Ogos ini, satu undang-undang baharu bakal dikuatkuasakan di Thailand iaitu larangan merokok di dalam rumah. Perkara tersebut dilakukan atas usaha untuk mengurangkan kes kematian yang terjadi kepada perokok pasif (Second-hand smoke).

Oleh itu, para perokok diberi tempoh 90 hari untuk mengurangkan atau berhenti dari tabiat tersebut. Larangan yang dikuatkuasakan oleh Akta Pembangunan dan Perlindungan Keluarga itu sekaligus dapat mengurangkan risiko kesihatan mereka yang berada di bawah satu bumbung (rumah).

Mereka yang ingkar dengan undang-undang berkenaan boleh didakwa sama ada di mahkamah jenayah atau juvenil. Setakat ini, jumlah denda masih belum ditetapkan lagi tetapi pihak mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati melanggar arahan terbabit.

Tetapi, sehingga kini masih belum ada penjelasan yang terperinci mengenai kaedah penguatkuasaan yang bakal diambil. Pengumuman tersebut sebenarnya seiring dengan kempen anti-tembakau yang diadakan di sana,

Kempen berkenaan memperkenalkan usaha untuk membebaskan persekitaran kediaman dari asap rokok mahupun dari rokok alektronik.

Menurut Ronnachai Khongsakon, Ketua Pusat Penyelidikan dan pengajian menyatakan bahawa tahun lalu, terdapat 8,278 orang mati akibat kesan perokok pasif (Second-hand smoke).

Malah ada kajian yang menjelaskan bahawa hampir 33 peratus perokok merokok di dalam rumah dan hampir 74 peratus merokok setiap hari.

Kementerian Kesihatan Awam tempatan juga ada mengeluarkan statistik yang menunjukkan 54,512 orang mati akibat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.

Sumber : Bangkok Post 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.