Siakap Keli

Tiga Remaja Rosakkan Makanan Di Kedai Serbaneka Direman

SEREMBAN,  Tiga remaja yang ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka di Nilai seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, direman selama empat hari bermula hari ini.

Tempoh reman sehingga 25 Jun terhadap ketiga-tiga remaja berusia lingkungan 18 dan 20 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Nurharyatie Mohd Saini di Mahkamah Majistret Seremban di sini.

Penahanan reman itu dibuat bagi membantu siasatan mengikut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Khamis lepas, tular di media sosial video berdurasi satu minit 10 saat yang memaparkan perbuatan seorang remaja yang dipercayai sengaja merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka sambil dirakam oleh seorang rakan manakala seorang lagi mentertawakan tindakan berkenaan.

Video berkenaan bagaimana pun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang