Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tular Surat Sokongan Permohonan Kewarganegaraan, Menteri Dalam Negeri Tampil Beri Penjelasan

Beberapa hari ini tular di media sosial mengenai dokumen yang konon dikatakan sebagai surat sokongan pemohonan kewarganegaraan yang telah mendapat kelulusan daripada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara ini ternyata menimbulkan perlbagai spekulasi dari orang awam yang mempertikai tindakan terbabit.

Terbaru, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan kenyataan terkini mengenai isu berkenaaan.

JPN dalam satu kenyataan berkata surat itu adalah prosedur biasa di jabatan itu dan pejabat Menteri Dalam Negeri sebelum dokumen terbabit dipanjangkan kepada agensi dan bahagian berkaitan untuk tindakan lanjut.

Gambar : Jabatan Pendaftaran Negara
Gambar : Jabatan Pendaftaran Negara

JPN menegaskan permohonan kewarganegaraan yang diterima jabatan itu dan pejabat Menteri Dalam Negeri bukan hanya tertumpu kepada satu kaum tertentu sahaja, malah daripada pelbagai kaum di negara ini.

Berdasarkan rekod JPN, bagi tempoh 10 Mei 2018 sehingga 30 Mei lalu, sebanyak 8,322 permohonan kewarganegaraan diterima dari pelbagai latar belakang kaum dan daripada jumlah terbabit, hanya lima pemohon sahaja dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia.

Sumber : Jabatan Pendaftaran Negara

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.