Siakap Keli

(Video) “Aku Rasa Kita Pergi Berempat Balik Bertiga Saja, Aku Nak Mati Di Mekah”

Siapa yang tidak kenal dengan Ustaz Abdullah Khairi yang sangat popular dengan ceramah-ceramahnya ‘pelat’ berbahasa Utara dan kelucuannya sangat digemari oleh pendengar-pendengar ceramahnya tidak pun di media sosial atau secara lansung.

Baru-baru ini, Ustaz Abdullah menceritakan tentang seorang jemaah mengerjakan Ummrah yang sangat dicemburui oleh semua jemaah yang lain. Kisah ini sangat menyentuh perasaan pendengar dan pembaca.

Menurut Ustaz dalam videonya, Pakcik ini adalah seorang pegawai polis di bahagian Unit Tindakhas (UTK) yang ditugaskan khas untuk menembak mana-mana penjenayah yang dikehendaki atau pengganas.

“Aku rasa kita datang 4 orang dan balik 3 orang …aku nak mati di sini”

“Aku rasa kita datang 4 orang dan balik 3 orang, aku nak mati di sini”, ayat inilah yang dikatakan oleh Allahyarham Pakcik tersebut sebelum dia meninggal dunia semasa mengerjakan Ummrah yang terakhir.

Pengikut penceritaan anak arwah, beliau pernah menembak 22 orang penjenayah semasa terlibat dalam pasukan UTK dahulu. Sebab itulah beliau menangis sehabis boleh semasa berada di tempat-tempat mustajab doa khususnya.

Nikmat yang ada pada kita, seharusnya digunakan untuk mengejar ke jalan Allah. Gunalah sebaik mungkin untuk diri kita dunia dan akhirat.

 

Sumber: Ustaz Abdullah Khairi, Ceramah Ustaz & Ustazah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang