Siakap Keli

“Aku Peluk Dia Kuat-Kuat”, Berderai Air Mata Amy Search Dapat Peluk, Cium Anak Dan Cucu Tersayang

Baru-baru ini tular kisah seorang pelakon wanita yang hebat dalam lakonannya mempunyai hubungan ‘dingin’ dengan ibu tirinya. Perkara ini berlaku sejurus Nabila Huda atau nama panggilannya Abil membuat satu hantaran ucapan untuk Amy Search semperna Hari Bapa tempoh hari.

Daripada hal tersebut, ibu tirinya didakwa seolah-olah memerlinya “Walaupun dia Rockers, dia tak sambut Hari Ibu dan Hari Bapa”. Rentetan daripada itu, timbul isu yang tidak diingini.

Namun, bersempena Hari Jadi Amy Search. Beliau menerima satu kejutan yang paling bermakna dalam hidupnya apabila dapat bertemu dengan anaknya Nabila Huda.

Menurut Amy, pertemuan ini diaturkan sendiri oleh isteri kesayangannya, Norhasniza Hassan dan pengarah popular Erma Fatima. Pertemuan ini snagat bermakna untuk keluarganya.

Malam Sabtu kelmarin aku dan Abil bersama anak cucu had a surprise birthday untuk wife aku. Happy sangat dan terlalu indah moment ini. Taman hati aku di penuhi bunga-bunga yang cantik lagi wangi. Ini semua Allah yang hadiahkan sebab Allah sangat suka pada orang-orang yg sabar.

Segala dugaannya aku terima dengan berbesar hati. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang tak terbayangkan ini. 

https://www.instagram.com/p/BzCepgWgi5r/

 

Sumber : Amy Search

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang