Siakap Keli
Gambar Hiasan

Dua Penunggang Motosikal Maut Rempuh Kerbau Di Tengah Jalan

SEREMBAN, Dua penunggang motosikal maut, selepas motosikal yang mereka tunggang merempuh seekor kerbau yang berada di tengah jalan, di Jalan utama Serting Hilir dekat sini, tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata ketika kejadian kira-kira 12.35 tengah malam itu, Muhammad Fakhri Fazim, 18, yang berasal dari Felda Tembangau 1, Pahang manakala Faqih Sarian Abdul Malik, 20, dari Felda Tembangau 4, dikatakan dalam perjalanan dari arah Serting Hilir menuju ke Felda Tembangau.

“Siasatan awal mendapati kawasan kemalangan di Jalan Utama Serting Hilir itu gelap, dan tiada lampu jalan. Sebaik tiba di lokasi, kedua-dua mangsa yang masing-masing menunggang motosikal secara berasingan, telah bertembung dengan seekor kerbau yang kebetulan berada di tengah laluan mereka.

“Kemalangan itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Fakhri meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan di kepala, manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jempol,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang