Siakap Keli
Gambar Hiasan

Jangan Jadi Ibu Bapa Prejudis, 5 Perkara Ini Pasti Buat Anak Jadi Hebat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Boleh dikatakan semua ibu bapa akan melakukan pelbagai cara untuk anak mereka menjadi orang yang hebat. Tetapi kadang-kadang kita juga merugut tentang sikap anak-anak yang bermacam karenah dan ragam.

Ada juga sesetengah ibu bapa yang suka memuji anak setiap kali berpeluang berbuat demikian. Mungkin kerana kita sudah terbiasa dengan cara ibu bapa kita sendiri memuji kita semasa kecil. Secara langsung kita menganggap ia adalah salah satu cara untuk naikkan semangat mereka.

Ada antara individu yang mengatakan bahawa sikap suka memberikan kata-kata pujian adalah tidak wajar kerana anak-anak akan mendengarnya selalu, akibatnya, mereka tidak mempunyai perasaan terhadap pujian itu lagi selepas itu.

Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing, tetapi apa yang dikongsikan oleh Mohd Fhais dalam laman Facebooknya, benar-benar memberi impak yang positif kepada anak-anak terutamanya yang sedang meningkat remaja.

Sebenarnya tanpa sedar atau tidak, kebanyakkan datangnya dari sikap ibu bapa itu sendiri. Jadi, berhentilah jadi ibu bapa yang prejudis. Mula percaya dengan anak sendiri. Lakukan hanya 5 perkara ini sahaja untuk jadikan anak anda sebagai seorang yang hebat.

1. Beri peluang anak buktikan diri mereka. Kalau anak nak tolong kemas rumah biarkan. Pantau dan didik cara yang betul mengemas rumah. Main-main sedikit tu biasa la budak budak. Tunjukkan cara main yang selamat, jangan sampai vakum rosak sudah la.

2. Nampak anak buat kebaikan beri pujian kaw kaw sampai dia rasa bangga yang amat sangat. Jika nampak anak buat salah elakkan marah kaw kaw, cukup sekadar bagi nasihat dan ajar anak minta maaf.

3. Bagaimana respon mak ayah menentukan sama ada anak akan cenderung untuk buat kebaikan atau kesalahan. Anak yang suka pujian akan buat kebaikan lebih dari anak yang tak suka pujian. Ni fitrah kejadian manusia.

4. Didikan pada anak-anak berterusan 24 jam sehari. Apa dia lihat, dengar, buat dan praktis setiap hari adalah makanan bagi minda dia. Nak minda anak sihat maka kena la bagi makanan minda yang sihat sihat sahaja.

5. Jadi ‘role model’ yang hebat buat anak-anak. Mak ayah jika ada ilmu setinggi gunung pun jadi membazir jika ilmu tu tak dapat di manfaatkan pada anak-anak.

Anak ini merupakan anugerah Tuhan kepada pasangan suami isteri. Jadi, sebagai ibu bapa harus peka akan tumbesaran anak-anak dan persekitaran anak dibesarkan. Jangan terlalu bersikap prejudis kepada anak. Jadikan nasihat dan pujian itu sebagai satu cara untuk didik anak jadi orang hebat.

 

Sumber: Mohd Fhais 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang