Siakap Keli

“Kerap Menangis Di Tikar Sejadah,” 10 Cabaran Getir Ini Korang Perlu Lalui Sebagai Peniaga Kecil

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Zaman ini, golongan usahawan mudah yang sudah berjaya semakin ramai dan bisnes mereka ada di merata-rata. Seolah-olah menjadi ‘trend’ di mana golongan muda mula berniaga sejak di zaman universiti lagi. Tapi pernahkah tak anda fikir tentang cabaran mereka sebelum berjaya.

Memang ada jalan mudah untuk berjaya dalam hidup, walaupun kebiasaannya, orang kata untuk berjaya itu susah. Orang yang berjaya menempah kejayaan besar dalam hidup mereka, adalah mereka yang berjaya mengamalkan banyak tabiat kecil yang baik, secara konsisten sepanjang hidup.

Ini diibaratkan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Itulah yang sesuai dengan pasangan suami isteri yang hebat ini. Pernah diuji bermacam-macam sebelum berjaya.

Pelbagai cabaran dan ujian yang perlu kita tempuhi seperti mana yang dikongsikan oleh Angah Sunway di laman Facebooknya untuk golongan yang mahu memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sepertinya.

Antara perkara yang akan dilalui dalam tempoh 1 hingga 3 tahun menjalankan perniagaan ini.

1. Tidak cukup masa bersama keluarga.

2. Banyak masa dihabiskan untuk urusan bisnes, tetapi duit dalam poket cukup-cukup makan.

3. Isteri, suami, mak, ayah, mertua mula pertikai. Sibuk bukan main, berjayanya tak juga.

4. Setiap kali tiba hujung bulan, anda akan risau, takut duit syarikat tak cukup untuk bayar gaji staf.

5. Anda masih buat bisnes seorang diri atau hanya dengan pasukan yang kecil. Staf susah nak kekal lama.

6. Banyak drama menjaga hati. Nak jaga hati keluarga, jaga hati staf dan orang sekeliling. Hinggakan hati sendiri pun tak terjaga.

7. Kerap menangis di tikar sejadah, bilik mandi dan di dalam kereta. Tekanan yang ada tak mampu diluahkan.

8. Jualan tak seberapa, penatnya rasa sampai nak hilang nyawa.

9. Selalu bercakap seorang diri.

10. Bila lihat orang lain berjaya dalam tempoh lagi awal dari kita, rasa down, rasa bisnes ni tak betul, rasa nak berhenti, rasa kenapa aku tak berjaya lagi?

Ini adalah beberapa perkara yang anda akan lalui. Jadi, kalian boleh tentukan mahu mulakan atau tidak. Jika tak sanggup, lebih baik usah mulakan. Dunianya keras dan kejam. Ianya tidak seindah yang disangka-sangka.

Ia bukan seperti dalam drama pakai blazer secretary bawakan air kopi. Ia tidak datang cepat seperti yang diharapkan atau dilihat dalam Instagram. Orang pakai kereta mewah makan tempat mewah, bercuti di sana sini.

Ianya perjalanan yang panjang dan sangat memeritkan. Jatuh, bangun buat lagi. Jatuh, bangkit terus berlari. Ulang, ulang dan ulang. Lebih banyak kita cuba, lebih besar peluang untuk berjaya.

Apa yang kita boleh belajar dari ushawan ini, kalau ada minat dan semangat yang tinggi, cabaran dan ujian ini bukanlah halangan untuk tidak berjaya.

Sumber: Angah Sunway

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang