Siakap Keli
Foto: FB Taufiq Razif

Ceritakan Kesusahan Orang Lain Kepada Anak-Anak, Supaya 5 Sifat Hati Ini Tertanam Dalam Diri Mereka

Sementara kita memiliki kesenangan dan keselesaan, ketahuilah ada di antara kita yang sedang tabah menghadapi kepayahan hidup yang serba kekurangan.

Jika kita sendiri berasa hidup kita ini tidak sesempurna orang lain, ketahuilah masih ada lagi insan lain yang lebih susah daripada kita. Oleh itu, kita perlulah sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki pada hari ini.

Bukan itu sahaja, kita juga boleh mengambil beberapa nilai dan pengajaran daripada kesusahan orang lain. Malah, ia juga boleh dijadikan satu ‘modal’ untuk menanamkan sifat yang baik dalam diri kita dan ahli keluarga kita yang lain, terutamanya anak-anak.

Itulah yang dikongsikan oleh Dr.  Taufiq Razif dalam satu kiriman di laman Facebook-nya baru-baru ini. Menurutnya, menceritakan kesusahan orang lain kepada anak-anak boleh menanam sifat hati yang baik dalam diri mereka.

Ceritakan Pada Anak Kita Kesusahan Orang Lain Supaya Tertanam #5 Sifat Hati Ini Dalam Diri Anak Kita

#1 – Supaya anak kita belajar sifat hati yang bernama Qana’ah iaitu merasa cukup walau dalam serba kekurangan

#2 – Supaya anak kita belajar mempraktikkan Tasamuh iaitu sifat hati memaafkan & menghormati orang lain dalam pergaulan tanpa mengira agama, warna kulit dan jumlah harta

#3 – Supaya anak belajar sifat hati bernama Syukur iaitu merasa berterima kasih pada Pemberi Rezeki walau sekecil apa pun rezeki yang diterima

#4 – Supaya anak kita belajar juga sifat hati yang bernama Tawadu‘ iaitu merasa tidak sombong bila berhadapan dengan orang lain terutamanya yang lebih miskin dan kurang berharta

#5 – Supaya anak belajar sifat hati yang bernama Itsar. Inilah sifat mulia yang tertinggi dalam pergaulan iaitu sifat mengutamakan kepentingan saudara se-Iman dan se-Islam melebihi kepentingan diri sendiri.

Pernah dengar cerita tentang 3 orang Sahabat yang bernama Al Harith bin Hisyam, Ikrimah bin Abu Jahal dan Suhail bin Amr yang syahid dalam keadaan haus di perang Yarmuk demi untuk menghilangkan haus Sahabat yang lain?

Mereka saling menolak untuk diberikan air kerana mereka merasa Sahabatnya yang lain lah yang lebih memerlukan air itu. Padahal mereka sedang kritikal dan hampir meninggal dunia tapi masih sempat nak fikir kesusahan orang lain lagi!

Inilah sifat Itsar yang kita nak tanam pada anak anak kita semua. Percayalah, anak yang ada sifat Itsar ni takkan mengabaikan kita walaupun kita dah tua dan nyanyuk suatu hari nanti. Jom ceritakan kisah kesusahan & penderitaan saudara kita yang lain pada anak kita.

p/s : Sebarkan juga ilmu ni pada mak ayah yang lain ye. Tak ramai yang tahu tentang benda ni

P/s : Saya masih di Uganda dan sedang dalam perjalanan untuk ke kampung dan pedalaman. Doakan saya!

p/s : Anak anak dalam gambar ni nampak je senyum tapi kebanyakan mereka makan sekali sehari je. Kat sini ada 8 juta orang yang makan kurang daripada 3 kali sehari.

p/s : Saya suka kongsi ilmu mendidik anak di Telegram Channel saya. Kat sana ada lebih 140 ribu mak ayah. Boleh klik link ni untuk ke sana 👉t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber: FB Taufiq Razif

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi