Melihat kemalangan ngeri yang meragut nyawa pastinya merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan sehingga boleh menyebabkan trauma. Begitulah yang dihadapi oleh seorang pemandu yang menceritakan pengalamannya melihat seorang pelajar lelaki yang diseret kira-kira 20 meter apabila dilanggar oleh lori 1 tan di hadapan sekolah. Kejadian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pemilik Facebook, Anita Mohammad yang menjadi saksi utama kejadian tersebut.
Walau bagaimanapun, dalam posting terbaru pemilik Facebook tersebut menyampaikan berita sedih bahawa adik Aqeef telah pun meninggal dunia pada Jumaat lepas dan telah disemadikan disebelah kubur ibunya.
Pemergian adik Aqeef dianggap sebagai pertemuan semula setelah cukup 100 hari ibunya pergi meninggalkannya. Lagi menyedihkan, adik Aqeef meninggal dunia pada tarikh lahir arwah ibunya.
Selain itu, menerusi siasatan polis, dilaporkan anggaran adik Aqeef diseret kira-kira 40 meter di hadapan sekolah tersebut.
Sumber: Anita Mohammad