Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: NBC News/BrightSide)

Kaki ‘Cramp’ Ketika Tidur? Ini Langkah Yang Perlu Dilakukan

Pernah tak ketika sedang nyenyak mimpi indah, tiba-tiba korang dikejutkan dengan rasa sakit pada bahagian betis kaki akibat daripada kekejangan(cramp).

Bagi korang yang hanya mengalami kesakitan ini sesekali, mungkin ia bukanlah masalah besar. Tetapi, ketahuilah, ada di antara kita yang kerap diserang kekejangan ketika sedang tidur.

Sebelum mengetahui apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar kekejangan berlaku semasa tidur, mari kita kenali dulu punca-punca terjadinya masalah ini.

Punca Kaki Kejang Sewaktu Tidur

Kebiasaannya, kekejangan ini lebih mudah berlaku pada otot-otot yang keletihan, termasuklah otot betis. Selain itu, gaya kaki semasa tidur juga boleh menjadi penyebab.

Foto: Almanac

Tapak kaki yang menjulur ke hadapan akan menyebabkan otot betis menjadi lebih ‘pendek’ sekaligus membuatkannya lebih mudah kekejangan.

Kajian juga mendapati yang berdiri untuk tempoh yang lama ketika sedang berjaga juga boleh menjadi punca berlakunya kekejangan kaki.

Bagi ibu hamil pula, kaki cramp ini sering dikaitkan dengan keletihan otot bagi menampung kandungan ketika berjalan.

Apa yang boleh dilakukan? 

Langkah yang paling sesuai dilakukan ialah dengan mengurut lembut kaki dengan minyak panas sebelum tidur. Bagi ibu mengandung pula, mintalah suami untuk urutkan kaki korang.

Selain daripada itu, korang juga boleh mengamalkan untuk memakai stokin ketika tidur ataupun mengenakan tuala yang dibasahkan dengan air panas pada kawasan betis sebelum tidur atau mandi dengan air panas.

Manakala jika kekejangan sedang berlaku, langkah pertama yang boleh dilakukan ialah cuba naikkan tapak kaki sehingga ibu jari kaki menghala ke arah badan korang.

Foto: wikiHow

Kalau tak boleh juga, kejut je suami dan minta dia tolong tolakkan tapak kaki ke arah korang. Bagi yang bujang tu, cuba juga sampai dapat.

Apabila kekejangan sudah mula reda dan korang dah boleh berjalan, tuamkan tuala panas ataupun botol yang mengandungi air panas pada bahagian yang sakit.

Itulah antara langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit akibat kekejangan kaki sewaktu tidur. Diharapkan tidur korang kurang tergangga dengan perkongsian  ini.

Sumber: Healthline, Cleveland Clinic

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi