Siakap Keli
Foto: FB Julie Juliana

Lagi Sekolah Terjejas Di Pasir Gudang, Puluhan Pelajar Dikejarkan Ke Hospital Akibat Sesak Nafas

Semalam, kami ada melaporkan mengenai pengumuman penutupan 14 buah sekolah selama empat(4) hari di Pasir Gudang, Johor berkaitan masalah pencemaran udara oleh Exco Kesihatan Johor.

Terbaru, jumlah itu berkemungkinan akan bertambah apabila dua buah sekolah lagi terlibat dengan masalah itu. Sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Menengah Tanjung Puteri Resort dan Sekolah Rendah Tanjung Puteri Resort.

Menurut salah seorang penjaga pelajar terlibat yang sempat kami hubungi, Puan Julie Juliana, puluhan orang pelajar telah diserang sesak nafas dan dihantar ke hospital menaiki ambulans.

Foto: FB Julie Juliana
Foto: FB Julie Juliana
Foto: FB Julie Juliana

“Para pelajar dikumpulkan di Stadium Pasir Gudang sebelum menerima rawatan atau dihantar ke hospital. Pihak sekolah juga telah menghubungi ibu bapa untuk datang ke sekolah bagi menjemput anak masing-masing pulang ke rumah,” kata beliau.

Kejadian ini dikatakan mula berlaku di antara jam 8 hingga 9 pagi tadi, melibatkan puluhan pelajar di dua buah sekolah terbabit.

Tambahnya lagi, sebuah lagi sekolah iaitu SK Taman Pasir Putih juga mengalami masalah sama. Namun, usaha kami untuk menghubungi pihak sekolah gagal.

Setakat ini pihak sekolah masih lagi belum mengumumkan mengenai penutupan sekolah akibat kejadian ini. Mungkin pengumuman mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.

Sumber: FB Julie Juliana

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi