Siakap Keli
Sumber: Facebook

Mangsa Mengerang Kesakitan, Viral Video Buli Pelajar Senior Pukul Junior

Tular di media sosial video kejadian buli di salah sebuah sekolah menengah di Setiu semalam. Dalam video berdurasi 14 saat tersebut, seorang pelajar lelaki bertindak memukul dan menendang seorang pelajar lain yang dilihat mengerang kesakitan sambil diperhatikan beberapa pelajar lain.

Menurut sumber, kejadian yang berlaku ketika waktu rehat tersebut dipercayai bermula daripada insiden ejek mengejek yang berakhir dengan kejadian buli melibatkan pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4 sekolah berkenaan.

Setakat malam semalam, Polis Terengganu belum menerima laporan daripada mana-mana pihak berhubung kes tersebut.

Menurut BERNAMA, Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata insiden tersebut berada di dalam makluman polis dan mereka difahamkan pihak sekolah dan waris pelajar-pelajar terlibat sedang dalam rundingan untuk menyelesaikan masalah berkenaan tanpa melibatkan polis.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata,

“Saya sudah mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Setiu dan pengurusan sekolah terbabit mengambil tindakan berhubung perkara ini dan melaporkan segera kepada JPNT.”

Kini, JPNT menunggu laporan penuh daripada sekolah itu dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Setiu berhubung kes berkenaan.

“Saya dimaklumkan kejadian itu berlaku pada waktu rehat melibatkan pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Dua,” tambahnya lagi ketika dihubungi Bernama.

Sumber: Encik Bulan, Bernama

Amira

Love yourself.