Siakap Keli
Foto: FB Saifuddin Abdullah

Melancong Dua Orang 11 Hari Di Dua Buah Negara ASEAN Bawah RM 3 Ribu, Ini Tipsnya

Setiap daripada kita sudah pasti ada hobi atau aktiviti kegemaran yang sering dilakukan ketika ada waktu terluang. Antara hobi yang popular ialah melancong.

Namun, melancong ini sering dikaitkan dengan kos dan belanja yang besar. Oleh itu, hobi melancong ini biasanya dikatakan sebagai hobi orang-orang kaya sahaja.

Walaubagaimanapun, sebenarnya ada beberapa cara untuk meminimumkan perbelanjaan kita sewaktu pergi melancong sekaligus menjadikan percutian kita lebih bermakna, terutamanya jika kita pergi berpasangan.

Melancong keluar negara tidak semestinya perlu terbang jauh ke benua Eropah atau ke Jepun, Korea dan sebagainya. Kadangkala, bercuti di negara-negara berhampiran adalah lebih seronok kerana budaya mereka dengan rakyat negara ini tidaklah terlampau jauh berbeza.

Antara negara jiran yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia ialah Thailand dan Kemboja. Dan bagi anda yang bercadang untuk melawat negara itu dalam masa terdekat, anda boleh baca perkongsian tips perbelanjaan yang dikongsikan oleh saudara Saifuddin Abdullah di Facebook-nya baru-baru ini.

FULL ITINERARY TRIP BACKPACKERS COUPLE THAILAND 🇹🇭 CAMBODIA 🇰🇭 (11 Days)

HAT YAI 🇹🇭 -> HUA HIN 🇹🇭 -> BANGKOK -> SIEM REAP 🇰🇭

DAY 1 {12/6/19; Wed}
• Naik bas dari Paka ke TBS (11 pagi), sampai dalam pukul 4 petang
• Pergi Midvalley Mall menaiki KTM – untuk tukar matawang BAHT & USD(disarankan tukar di MY MONEY MASTER) 
• Pergi ke KLIA2 by KLIA Transit – transit ke Putrajaya Sentral dulu untuk murah daripada direct ke KLIA2

DAY 2 {13/6/19; Thu}
• Check in flight KUL-HDY pd 10.50am (MYR 242/2 org)
• Beli simkad di airport (THB 299/RM 40, unlimited data)
• Ambil bas airport untuk ke Hatyai Central (THB 60/RM 8)
• Check in di LaemThong Hotel (walk in; THB 1,240/RM 167 – 2 nights)
• Makan tengahari di Kai Tod Decha Halal Restaurant (walking distance 550m)
• Pergi ke Hatyai Railway Station untuk beli tiket ke Hua Hin (THB 612/RM 82 – utk 2org – 3rd class seat; walking distance)
• Pergi jalan-jalan ke Lee Garden Plaza (walking distance)
• Jalan-jalan masuk 7 Eleven area situ

*untuk tiket train : better pilih 2nd class seat or above sebab 3rd class seat memang murah dan jimat tapi sangat tak selesa (sebab perjalanan dari Hatyai ke Hua Hin adalah selama 14 jam)

DAY 3 {14/6/19; Fri}
• Sarapan dekat Dimsum Chabura (naik grabCar THB 20/RM 3 – pakai promocode, jimat sangat)
• Ambik GrabCar ke Hat Yai Central Mosque (THB 50/RM 7 – solat Jumaat situ)
• Pergi jalan-jalan ke Kim Yong Market by GrabCar (THB 45/RM 6)
• Pergi ke Khlong Hae Floating Market by GrabCar (THB 220/RM 30)

*sebaiknya pergi ke Khlong Hae floating market pukul 5 ke atas sebab semua gerai dah buka

DAY 4 {15/6/19; Sat}
• Sarapan dekat restoran halal berdekatan hotel (not recommended since makanan tak sedap dan mahal)
• Pergi ke Hatyai Municipal Park by GrabCar (THB 190/RM 26)
• Check out hotel
• Bergerak ke Hatyai Railway station untuk tunggu train pukul 6 petang

DAY 5 {16/6/19; Sun} 
• Sampai Hua Hin Station dalam pukul 8 pagi 
• Check in di Hua Hin Euro City Hotel (walk in; THB 1,200/RM 162 -2 nights; walking distance from station)
• Beli sarapan dekat gerai halal berdekatan stesen
• Sewa motor di seaside restaurant belakang Hotel Hilton Hua Hin. (THB 200/RM 27 – 1 day) ; pergi semua tempat di Hua Hin dengan motor
• Jalan-jalan sekejap tengok view di Hua Hin Beach
• Makan petang di Mooz Halal Restaurant (mahal sikit harga makanan dekat sini tapi berbaloi)
• Pergi ke Cicada Market (makan pakai coupon tapi mostly tak halal dan sekadar untuk jalan-jalan dan beli kraftangan ok-lah)
• Pergi station untuk beli tiket train ke Bangkok (THB 234/RM 32; 2 orang – 3rd class seat)

*tiket train better beli awal-awal sebab cepat habis, perjalanan dari Hua Hin ke Bangkok ialah 5 jam

Foto: FB Saifuddin Abdullah

DAY 6 {17/6/19; Mon} 
• Pergi ke Santorini Park Cha-Am (fee entrance untuk seorang THB 150/RM 20 ; 33km dari )
• Tengahari di Kedai Makan A Bang Mana (bersebelahan dengan Swiss Sheap Farm)
• Pergi ke Swiss Sheap Farm (fee entrance untuk seorang THB 150/RM 20 ; 2.8km from )
• Pergi ke Plearnwan Vintage Village (masuk free; )
• Makan petang di Halal Muslim Food Restaurant (dekat area station)
• Hantar balik motor sewa
• Berjalan jalan di Hua Hin Night Market (walking distance)

DAY 7 {18/6/19; Tue} 
• Check out hotel pada 5 pagi
• Tunggu kat stesen untuk tren pukul 6 tapi delayed satu jam
• Bergambar di Hua Hin Railway Station (tempat tourist attraction – stesen Hua Hin adalah stesen tertua dan tercantik di Thailand)
• Sampai di Bangkok Station pada awal petang
• Check in di Station Hotel (THB 480/RM 65 – 1 night; walking distance from station)
• Makan tengahari di kedai makan halal berdekatan hotel
• Waktu malam jalan-jalan di MBK Center untuk shopping sikit by bus (THB 30/RM 4 ; souvenirs dekat sini murah)

DAY 8 {19/6/19; Wed} 
• Check out hotel pada awal pagi (beli makanan kat 7E untuk bawa bekal ke Kemboja)
• Ambil GrabTaxi ke Don Mueang Airport (THB 361/RM 49)
• Check in flight DMK-REP pd 10:10am (THB 2,330/RM 314 – 2 org, tiket beli awal-awal dekat Malaysia)
• Sampai di Siem Reap pada pukul 12tghri (tempah tuk tuk selama 3hari setengah USD 45/RM 187 dari Malaysia dengan local siem reap Haty Ly – semua tempat pergi dengan tuk tuk)
(recommended dan kalau berpuas hati dengan servis dia pandai-pandailah bagi tips ya) 
• Terus makan tengahari di restoran halal Siem Reap Backpackers Restaurant
• Check in hotel (USD 50/RM 208 – 3 nights)
• Pergi ke Cambodian Cultural Village (bayaran masuk untuk seorang USD 13/RM 54)
• Pergi ke Artisan Angkor Workshop (masuk percuma)

DAY 9 {20/6/19; Thu} 
• Pergi ke Angkor Wat (bayaran masuk untuk seorang USD 37/RM 154) (menikmati pemandangan matahari terbit) 
• Makan tengahari di restoran halal lain yang berdekatan area hotel
• pergi ke Lotus Farm pada petangnya (bayaran masuk untuk seorang USD 0.5/RM 2)
• pergi ke Tasik Tonle Sap (bayaran masuk untuk seorang USD 15/RM 62 – kena tipu perlu bayar USD 20 pula utk pusing-pusing area floating village, so overall dekat sini habis dalam USD 50/RM 208)(dapat juga menikmati pmandangan matahari terbenam) 
• Makan malam di Muslim Famliy Kitchen

DAY 10 {21/6/19; Fri} 
• Pergi ke Angkor Silk Farm (masuk percuma)
• Pergi ke Mini Killing Field Siem Reap (masuk percuma)
• Santai-santai rehat di kolam hotel
• Makan malam di Siem Reap Backpackers Restaurant

DAY 11 {22/6/19; Sat} 
• Check out hotel jam 6 setengah pagi
• Check in flight REP-KUL pd 8.35am (USD 126/RM 523 – 2 orang)
• Sampai KLIA 2 pada pukul 12 tengahari

JUMLAH KOS TERLIBAT (TAK TERMASUK MAKAN & SOUVENIRS & MEDICINE)
 KOS UNTUK 2 ORANG

1. HATYAI
JUMLAH KOS KASAR = TIKET FLIGHT + TRANSPORTATION + ACCOMMODATION
= RM 529

2. HUA HIN
JUMLAH KOS KASAR = TIKET TRAIN + FEE ENTRANCE + TRANSPORTATION + ACCOMMODATION
= RM 351

3. SIEM REAP
JUMLAH KOS KASAR =TIKET FLIGHT+FEE ENTRANCE+TRANSPORTATION+ACCOMMODATION
= RM 1,546

4. BANGKOK (TRANSIT)
JUMLAH KOS KASAR = TIKET FLIGHT + TIKET TRAIN + TRANSPORTATION + ACCOMMODATION
= RM 464

JUMLAH KOS KESELURUHAN = HATYAI + HUA HIN + BANGKOK + SIEM REAP
= RM 2,890

Pesanan ikhlas:
** Tipulah kalau tak ada masalah time travel. Jadi, cuma nak pesan awal-awal masa bercuti pastikan duit disimpan elok-elok kemas, sentiasa dengan kita dan letakkan duit emergency di mana-mana sebab ada banyak kes penyeluk saku di mana-mana tapi Alhamdulillah kat kami tak adea masalah ini. Sekadar mngingati.

** Sewa motor di Hua Hin sangat menjimatkan kos kami. Sewa utk sehari baru 200 baht(Rm27)dan isi minyak dalam 80 baht (Rm11).

Foto: FB Saifuddin Abdullah

** Kos kami sepatutnya boleh murah lagi kalau beli tiket awal means beli tiket awal 2 atau 3 bulan atau masa promosi. Tapi projek kami ni beli tiket on the spot minggu tu jugak lepas raya. Mahal sikitlah.

** Kalau di Kemboja, semua bayar pakai USD. Elakkan membeli di kedai runcit biasa sebab nanti dia akan ketuk skit bila costumer itu pelancong. Dah terkena. Lebih baik beli di kedai Mart(macam ala-ala 7-Eleven).


** Kalau di Tasik Tonle Sap, Siem Reap(Kemboja) lebih baik minta pemandu tuk tuk atau orang tempatan belikan tiket sebab dapat harga murah atau sepatutnya dalam 15 USD seorang. Kalau pergi sendiri kena ketuk around 25 ke 30 USD seorang. Pastikan masuk dalam group yang besar masa nak berjalan sebab kami dah terkena smpai di sana.

** Kena bayar 40 USD(20 USD seorang) lagi untuk pusing-pusing kampung atas air. Sepatutnya tak perlu bayar dah. Tapi sebab kami berdua so saya berkeras minta kurang sampai 20 dollar untuk 2 orang dan lastly baru diorang terima(even kita dah tahu diorang nak tipu kita(pelancong) tapi kita kena layankan sebab kita dekat tengah-tengah tasik masa tu).

** Banyak lagi trick diorang di sana, suruh buat charity utk anak-anak yatim, belikan beras untuk anak-anak yatim apa semua tapi sebenarnya itu cara diorang perah pelancong. So berhati-hati okay. Mujur orang local driver tuk tuk dan adiknya banyak membantu dan memberi nasihat. 😊

Kos Makan Di Thailand
**bergantung pada selera dan modal masing-masing, biasanya saya dengan wife makan sedap-sedap pun paling mahal 600 bath(rm80).

Kos Makan Di Kemboja
**average harga semua dalam USD tapi paling murah kami makan berdua dalam 6 dollar (rm25) lebih dan paling mahal pun dalam 12 dollar(rm50) untuk 2 orang.

LIST OF TOURIST ATTRACTION
Since dalam itinerary tu tak banyak tempat menarik pergi (kekangan waktu dan duit), saya senaraikan tempat-tempat yang tak rugi kalau nak pergi sana.

1. Hatyai 🇹🇭
• Lee Garden Plaza
• Kim Yong Market
• Dimsum Chabura
• Samila Beach
• Masjid Taj Mahal
• Champ Puak Camp
• Khlong Hae Floating Market
• Asean Night Bazaar

Foto: FB Saifuddin Abdullah

2. Hua Hin 🇹🇭
• Hin Lek Fai View Point (FREE)
• Santorini Park (150 baht)
• Swiss Sheep Farm (150 baht)
• Camel Republic (150 baht)
• 1000 Sook & Food Farm (50 baht)
• The Venezia (300 baht)
• Plearnwan Vintage Village (FREE)
• Hua Hin Railway Station
• Hua Hin Beach
• Cicada Night Market
• Chatsila Market
• Mrigadayavan Palace (30 baht)
• Oasis x Seenspace
• Rajabhakti Park (FREE)

3. Siem Reap 🇰🇭
• War Museum (5 usd – RM 20)
• Cambodian Cultural Village (13 usd – RM52)
• Angkor Artisan Workshop (FREE)
• Silk Farm (FREE)
• Mini Killing Field (FREE)
• Royal Residence (FREE)
• Lotus Farm (0.5 usd – RM2)
• Tonle Sap Lake (15 usd – RM60)
• Angkor Wat (37 usd – RM100++)

Boleh share ya untuk rujukan bagi sesiapa yang ingin pergi. 

Sumber: FB Saifuddin Abdullah

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi