Siakap Keli
Kredit: Huffton (Time)

Berdasarkan Kajian Data Kemalangan Udara, Ini Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Pesawat

Kemalangan melibatkan pengangkutan udara merupakan kemalangan yang amat jarang berlaku. Oleh itu, pengangkutan udara disenaraikan sebagai cara pengangkutan paling selamat.

Walaupun begitu, kemalangan melibatkan pesawat sering berakhir dengan jumlah kematian yang tinggi. Disebabkan itulah setiap pesawat mempunyai prosedur dan sistem keselamatan yang ketat bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Bagi anda yang tertanya-tanya kedudukan paling selamat di dalam pesawat, jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Alison Duquette berkata,

“Setiap peristiwa kemalangan adalah unik. Impak mungkin disebabkan kapal terbang yang terjunam, pendaratan cemas di dalam air atau perlanggaran di landasan. Oleh itu, tiada tempat yang betul-betul selamat.”

Menggunakan data dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat, Popular Mechanics telah mengkaji setiap kemalangan melibatkan pesawat di Amerika Syarikat sejak 1971 yang mempunyai mangsa terselamat dan mangsa yang maut.

Kesimpulnnya, mereka mendapati penumpang yang berada pada ekor pesawat mempunyai 69 peratus peluang untuk terselamat daripada kemalangan berbanding mereka yang berada di hadapan iaitu 49 peratus dan penumpang di sayap pesawat, 49 peratus.

Kredit: Huffpost
Kredit: Huffpost

Dalam analisis kedua pada tahun 2015, penyelidik di Time telah mengkaji data FAA selama 35 tahun dan mendapati jawapan yang serupa.

Mereka telah mengkaji 17 kemalangan bermula pada 1985 yang mempunyai penumpang yang terkorban dan terselamat. Time mendapati kedudukan di bahagian belakang mempunyai kadar kematian yang rendah (32 peratus) berbanding kedudukan pada sayap (39 peratus) dan di hadapan (38 peratus).

Secara khususnya, kedudukan pada tengah pesawat yang paling hujung mempunyai kadar kematian paling rendah iaitu 28 peratus manakala kedudukan paling kurang selamat ialah di bahagian aisle suku terakhir kabin dengan kadar kematian 44 peratus.

The least safe were aisle seats in the middle third of the cabin, which had a fatality rate of 44 percent.

Sumber: NewFoxy

Amira

Love yourself.