Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

“Saya Tidak Akan Pegang Jawatan Melebihi Tiga Tahun,” Kata Mahathir

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Berpegang kepada tekad untuk menyelesaikan masalah hutang negara, Tun Dr Mahathir Mohamad beliau tidak akan memegang jawatan perdana menteri melebihi tiga tahun.

Menurut stesen berita CNBC, perdana menteri berkata kerajaan beliau memerlukan tiga tahun untuk mengurangkan hutang Malaysia daripada 80 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar kepada 54 peratus.

Ketika ditanya pembaca berita CNBC Tanvir Gill sama ada beliau akan terus memegang jawatan untuk melihat matlamat itu tercapai, Mahathir berkata: “Tidak, saya tidak akan melebihi tiga tahun.”

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata keutamaan beliau adalah untuk membolehkan Malaysia “menyelesaikan masalah (hutang) ini” sungguhpun selepas beliau berundur.

“Saya akan menjadi PM untuk membantu menyelesaikan masalah tertentu, ia mungkin mengambil masa dua tahun atau lebih, tetapi yang paling penting adalah untuk menyelesaikan masalah, lepas itu saya akan berundur, saya tidak mahu terus memegang jawatan ini,” kata perdana menteri.

“Bagi saya, saya sudah berjanji bahawa saya akan berundur dan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan menggantikan saya,” kata Dr Mahathir.

Sumber: BERNAMA

Arifah

Banyak benda dalam dunia ni berada di luar pengetahuan kita - lalat hinggap atas kepala sendiri pun kita tak tahu.
So, pause & stop judging everyone we don't know. We might only knew 0.1% of their life.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di