Siakap Keli

Suspek Kes Ceroboh Dan Rosakkan Tempat Perkuburan Di Melaka Direman

MELAKA, 24 Jun (Bernama) — Seorang tukang rumah warga Indonesia telah direman empat hari bagi membantu siasatan kes pencerobohan tempat perkuburan dan merosakkan batu nisan di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin, Bachang, Jumaat lepas.

Siasatan awal mendapati kira-kira 20 buah kubur dirosakkan termasuk dipecah-pecahkan dan batu nisan dicabut serta dipatahkan termasuk dua kubur dibakar.

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh didakwa mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Tempoh reman suspek berusia 46 tahun tersebut dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Syarina Shaarani @ Tan di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh, berkuatkuasa sehingga Khamis ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan perintah reman tersebut.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.