Siakap Keli
Gambar: NextShark & News cgtn

Banyak Borak Daripada Makan, Pihak Sekolah Keluarkan Semua Kerusi Elak Pelajar ‘Melepak’ Di Kantin

Kantin sekolah merupakan tempat semua pelajar termasuk guru untuk berehat dan menjamah makanan yang dijual. Selain itu, kantin juga dijadikan tempat untuk berjumpa kawan-kawan dari kelas yang lain. Oleh itu, pelbagai topik akan dibualkan sehingga menyebabkan masa yang diambil adalah lebih lama.

Disebabkan situasi itu, sebuah sekolah di wilayah Henan yang bertindak mengeluarkan semua kerusi yang terdapat di kantin sekolah mereka dan membiarkan para pelajar ‘menikmati’ waktu rehat sambil berdiri.

Langkah tersebut diambil oleh pihak sekolah adalah bagi  meminimakan masa mereka makan dan berbual.  Tindakan ini adalah mengambil kira masa yang diperlukan oleh seseorang pelajar kira-kira 10 minit seorang.

Melalui pelaksanaan langkah ini, pelajar mempunyai lebihan masa untuk belajar dan meningkatkan kualiti akademik mereka secara tidak langsung.

Disebalik pelaksanaan kaedah itu, pelajar berpendapat bahawa idea tersebut berasal dari Hengshui iaitu sebuah sekolah yang terkenal di China atau kilang-kilang  yang menggunakan disiplin gaya tentera. Oleh itu, pelaksanaan langkah mengeluarkan kerusi tersebut sudah pastinya dapat mendisplinkan pelajar dan juga menjimatkan masa.

Sumber: Shanghai.ist

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa