Siakap Keli

“Berat Makin Meningkat, Tubuh Tambah Panjang,” Lama Tak Dengar Khabar Ainul, Bapa Ubat Rindu Rakyat Malaysia

Ainul Mardhiah sudahpun selesai melakukan pembedahan mengeluarkan ketumbuhan tumor seberat 200 gram di bahagian mulutnya dan sekarang berada dalam keadaan yang sihat.

Rata-rata rakyat Malaysia masih menantikan khabar adik Ainul di sana dan mahu mengetahui perkembangannya dari semasa ke semasa.

Berikutan itu, Ahmad Safiuddin selaku bapa meluangkan masa tampil menjawab beberapa persoalan yang telah dikemukakan kepadanya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Saya doakan semuanya sihat dan sentiasa dalam rahmatNya.

Hari ni sempat baca beberapa PM di facebook, tapi maaf sebab tidak dapat membalas di setiap PM yang masuk, tapi saya akan jawab di posting ini secara umum yang saya kira ramai bertanya soalan yang hampir sama :

1. Apa khabar ainul?

Jawapan : Ainul sihat alhamdulillah. Semakin aktif dan sekarang tangan dia makin cepat masuk ke mulut.

Lepas tu disebabkan ainul ini jari dia panjang-panjang, bila dia masukkan jari ke mulut, dia sendiri terbatuk sebab jari hampir ke tekak. selepas itu, dia menangis.

Sendiri buat, sendiri menangis. Lepas tu dia buat lagi. Alahai anak. Kaki dan tangan pun dah mula aktif. Dah pandai tak mahu tidur juga ainul sekarang ni. Lain-lain keadaanya juga bertambah baik, berat pun semakin meningkat and tubuh badannya bertambah panjang.

2. Apa amalan ibu bapa Ainul?

Jawapan : Tidak ada amalan yang spesifik. Kami orang biasa sahaja. Masih banyak buat perkara silap berbanding buat perkara yang betul. Tapi inshaAllah sentiasa memperbaiki kelemahan dan kekurangan hari demi hari

3. Bagaimana ibu bapa ainul boleh kuat dan redha?

Jawapan : Sebagai muslim, kami sangat yakin yang Allah itu tidak menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia. Sebenarnya kami telah lalui banyak fasa. Sedih, beremosi dan hilang arah sebelum kami diberi sedikit kekuatan pada hari ini. (asbab doa dari kalian semua)

Kami pilih untuk tidak bersedih sebab kami sebagai ibu bapa ainul tahu, jika kami lemah atau sering bersedih, maka ainul pun akan turut lemah dan sedih seperti kami. Jadi kami perlu kuat demi anak.

Sebenarnya kunci utama bila dilanda ujian atau musibah adalah prasangka kita pada Tuhan. Kalau kita sangka baik, dapat baik. Sangka tak baik, maka dapat yang tidak baik.

Seterusnya, kebergantungan kita terhadap Tuhan. Kami yakin, Allah sahaja lah zat yang berhak untuk menentukan perjalanan hidup kami. DIA tahu apa yang terbaik buat semua hamba-hambaNya. Semua ini adalah perancangan Allah, Tuhan yang Maha Kaya dan Maha Bijaksana. 

4. Adakah masih terima duit sumbangan?

Jawapan : Alhamdulillah, rakyat malaysia sangat pemurah hati. Pada masa sekarang ini kami rasa tidak perlu lagi. Mungkin tuan/puan yang pemurah hati ini, boleh salurkan duit itu kepada orang lain yang mungkin nasibnya sama seperti ainul.

Kami yakin, di luar sana ada ramai bayi atau kanak-kanak yang perlukan bantuan kita semua. Jadi, bantu lah mereka agar urusan mereka dipermudahkan.

” Permudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita “

Untuk bahagian ainul, kami hanya minta DOA sahaja. Sebab doa itu lah senjata paling utama bagi ainul. Doakan semoga Allah berikan ainul kesembuhan secara total. Semoga ketumbuhan yang pernah berada di tubuh badan ainul dahulu tidak lagi kembali dengan izinNya.

5. Bila akan pulang ke malaysia?

Jawapan : Bila ainul dah ready dan habiskan sisa rawatan di sini, inshaAllah kami akan pulang ke malaysia. Untuk tarikh yang tepat, maaf kami belum pasti.

6. Bila ainul balik malaysia nanti, boleh ke kami melawat ainul?

Jawapan : Boleh. Tapi untuk kebaikan dan kesihatan ainul, sebelum mahu datang melawat, seeloknya beritahu kami dahulu. Mungkin kami hanya akan tetapkan sehari hanya seorang atau satu keluarga sahaja datang melawat.

Hal ini sebenarnya untuk mengelakkan ainul daripada dijangkiti kuman. Ini juga adalah nasihat doktor kepada kami.

Ainul masih dalam fasa recover, immune sistem dia mungkin belum cukup kuat, setelah melalui ujian yang lama, ainul perlu rehat untuk kuatkan semula sistem tubuh badannya.

Jadi, kami dengan rendah diri minta tuan puan untuk faham keadaan ainul dan kami minta maaf jika permintaan kami ini telah mengguris hati tuan puan semua.

7. Boleh ke nak bagi hadiah pada ainul?

Jawapan : Boleh. Tidak ada masalah. Terima kasih kami ucapka

8. Kenapa dah lama tak update tentang ainul?

Jawapan : Kami di sini walaupun tidak bekerja, tapi kadang-kadang bila berada di hospital, terlupa dan tak teringat nak update. Jadi kami minta maaf sangat sangat. Apa pun, kami akan cuba update perkara-perkara penting untuk tuan puan semua.

9. Boleh ke nak simpan gambar atau video ainul?

Jawapan : Kami kira, ainul ini dah menjadi buah hati rakyat malaysia. Kami tidak mampu menghalang sebab gambar dan video itu pun kami sendiri yang muatnaik di facebook/IG kami.

Cuma kami minta orang ramai tidak menyalah guna gambar anak kami untuk perkara-perkara yang tidak elok. Sebaiknya, jika tengok gambar dan video ainul, sedekahkan Al Fatihah buat dirinya, mudah-mudahan Allah berikan kebaikan buat ainul dan kita semua. InshaAlla

10. Rakyat malaysia mendoakan kebaikan buat ainul

Jawapan : Alhamdulillah, terima kasih kami ucapkan. Ramai juga PM yang beri kami kata semangat dan doa. Terharu dibuatnya.

Kami doakan semoga doa doa yang baik itu Allah kembalikan semula kepada anda dan keluarga. Amin!

Berikutan hantaran yang dimuat naik oleh Ahmad Safiuddin itu, rata-rata netizen seakan-akan memahami dirinya dan turut mendoakan kesihatan adik Ainul.

“Uncle doakan sangat-sangat agar ketumbuhan itu tidak kembali lagi”

“Xpe.. kami faham kalau tak update pun.. tuan puan perlu juga masa berehat dan bersendiri”

Sumber: Ahmad Safiuddin

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa