Siakap Keli

“Bila Balik, Bini Dia Dah Tak Bernyawa” Lelaki Kesal Tiada Disisi Ketika Isteri Meninggal Sendirian

  1. Mati boleh mendatangi sesiapa sahaja tidak kira usia, keadaan kesihatan dan situasi tanpa dicepatkan atau dilewatkan sesaat pun. Seringkali kita melihat saat-saat kematian secara tiba-tiba terakam di kamera litar tertutup atau rakaman telefon pintar.

Berkata seorang cendekiawan, tiada batasan yang paling tipis dalam kehidupan kita, kecuali batasan antara hidup dan mati. Berapa banyak orang yang memakai baju di pagi hari, yang melepaskan bajunya ialah orang lain pada waktu dhuha ketika dia telah menutup mata meninggal dunia. Berapa banyak orang memakai sepatu di waktu siang, yang melepaskan sepatunya ialah orang lain pada waktu petang ketika dia telah berpindah ke alam barzakh.

Oleh itu, hargailah setiap saat hidup bersama orang tersayang disekeliling anda kerana antara kalian, ada yang akan meninggalkan atau ditinggalkan.

Seorang pengguna Twitter, Lily berkongsi kisah sedih rakan abangnya yang boleh kita jadikan pengajaran agar menghargai setiap detik kehidupan bersama orang tersayang.

“Kawan abang aku lepak dengan kawan-kawan sampai dekat subuh. Masa tu isteri dia baru lepas beranak. Baby baru 3 atau 4 bulan macam tu. Masa dia balik rumah dekat Subuh, masuk bilik tengok baby menangis yang tahap dah tak ada suara.”

Isteri dah tak bernyawa

“Bila dia kejut bini dia, bini dia dah tak bernyawa. Baby menangis sebab lapar. Tak tahu sejak pukul berapa baby menangis nak susu..”

Disebabkan peristiwa itu, si suami berasa serba salah sehingga hari ini kerana tidak berada di sisi isterinya di saat hujung nyawa.

Menurut Lily, keputusan bedah siasat mendapati si isteri meninggal akibat lemah jantung sejak bersalin. Namun komplikasi tersebut gagal dikesan lebih awal sehinggalah dia meninggal dunia sendirian. Kejadian tersebut berlaku pada November 2017 dan bayi tersebut telahpun berusia 2 tahun.

Sumber: Lily

Amira

Love yourself.