Siakap Keli

“Dalam Mahkamah Tak Ada Kimia Pun, Buka Topeng Kamu” – Hakim Tegur Suspek Pencemaran Sungai Kim Kim

Suspek bagi punca pencemaran Sungai Kim Kim telah ditahan dan dibawa ke mahkamah.

Dua orang pengarah kepada kilang masing-masing dan seorang lagi merupakan pekerja pemandu lori kilang. Kegiatan pembuangan sisa kimia ini dilakukan pada jam 1201 tengah malam hingga 1 pagi pada 7 Mac lalu.

Suspek yang dibawa ke mahkamah konon-konon memakai topeng penutup mulut sehingga membuatkan hakim menegur mereka. Perkara ini dikongsikan oleh Portal Public Health Malaysia.

 

“Dalam mahkamah tak ada kimia pun. Sila buka topeng kamu!”

Tegur hakim mahkamah apabila melihat suspek punca pencemaran Sg Kim Kim memakai topeng muka di dalam mahkamah.

Suspek adalah;

Suspek 1, 34 tahun, warga Singapura, Pengarah Kilang Tayar Terpakai

Suspek 2, 36 tahun, warga Malaysia yang juga pengarah kilang

Suspek 3, 35 tahun, pemandu lori kilang

Bahan kimia yang dibuang ke dalam sungai kim kim menggunakan treler tangki antara jam 12.01 tengah malam sehingga 1 pagi, pada 7 Mac lalu.

Sumber: Public Health Malaysia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart