Siakap Keli

Derma Kilat Bantu Kanak-Kanak Hidap Masalah Hati Kronik

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di saat kanak-kanak lain berusia satu tahun gembira belajar berjalan, adik Muhammad Afif Irfan dengan perut yang semakin besar terbaring lemah mengharapkan secebis sinar harapan untuk hidup.

Kanak-kanak ini yang mengalami masalah hati perlu dibedah dengan kadar segera di Shanghai, China. Namun, walau bantuan zakat telah diberikan, jumlah tersebut masih belum mencukupi untuk menampung kos pembedahan sebanyak RM 160 ribu.

Oleh itu, ayuh seluruh rakyat Malaysia kita bersama-sama membantu adik Muhammad Afif Irfan untuk sebuah kehidupan baru. Walau kecil nilainya, namun memberi makna yang besar kepada anak ini!

DERMA KILAT!

Jom bersama kita tolong adik Muhammad Afif Irfan Bin Abdullah.
Misi mencari dana demi “Sebuah Kehidupan”.

Assalamua’laikum dan salam sejahtera..

Kos pembedahan hati dengan kadar segera

Usaha mencari dan mengumpul dana untuk membantu keluarga adik Muhammad Afif Irfan bin Abdullah 1 tahun 1 Bulan yang amat memerlukan sumbangan orang ramai bagi menampung kos pembedahan pemindahan hati dengan kadar segera di mana ibunya sebagai penderma hati (donor).

Kos rawatan sebanyak RM160K masih tidak mencukupi

Pembedahan ini akan di lakukan di Hospital Renji, Shanghai China dengan kos rawatan sebanyak RM160k (Seratus enam puluh ribu).

Bantuan zakat telah diberikan

Pihak Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah meluluskan bantuan zakat sebanyak RM5k (Lima Ribu Ringgit) dan memberi jaminan akan membantu dari masa ke semasa.

Tarikh pembedahan 14 Julai ini

Amat menyedihkan, setakat hari ini, dana yang dikumpulkan masih lagi tidak mencukupi dan tarikh pembedahan semakin hampir tiba pada 14 Julai 2019 ini dan dana diperlukan dengan kadar segera.

Moga sahabat semua dapat bersama menghulurkan bantuan, meringankan beban dan membantu adik Muhammad Afif Irfan bin Abdullah. Bagi yang ingin memberikan sumbangan boleh salurkan ke akaun bapa adik Muhammad Afif Irfan :

Maybank : 155041640357 
Cimb : 7625591481
( Abdullah bin Yaakub) Bapa

Bantuan anda amat di alu-alukan. Semoga Allah murahkan lagi rezeki kita dengan membantu. Jutaan terima kasih bagi yang menyalurkan sumbangan demi “Sebuah Kehidupan”.

Untuk dihubungi:-
017-2457595 ( En. Abdullah-bapa )
019-9286170 ( Pn Zahalini-ibu )

Sumber : Abu Zainab Ruqayyah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.