Siakap Keli

Identiti Malaysia Airline Kekal Biarpun Jika Dijual – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia ingin menjual Malaysia Airlines (MAS), tetapi identiti sebagai penerbangan nasional mesti dikekalkan kata Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada selasa (25 Jun).

Beliau berkata kerajaan sudah membuat banyak perubahan kepada MAS, namun sentiasa gagal.

“Maka, kali ini, kita perlu lebih berhati-hati dalam mengambil langkah untuk menyelamatkan Malaysia Airlines.

“Ini bukan sekadar perubahan pengurusan, masih banyak hal lain yang salah dengan syarikat penerbangan itu, yang harus diperbetulkan,” katanya kepada pemberita diluar meja bulat Asia Pasifik ke – 33.

Dr Mahathir memberi tindak balas terhadap dua orang veteran MAS, termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif, untuk membaik pulih pengurusan syarikat penerbangan itu, selepas kegagalannya untuk tahun kelima mencapai 20 teratas dalam kaji selidik antarabangsa mengenai syarikat penerbangan.

Kesatuan Kebangsaan Penerbangan Attendan juga menyeru pengurusan MAS untuk turun berikutan berita yang mengatakan bahawa syarikat penerbangan nasional itu gagal mencapai 20 teratas.

Pada bulan Mac, Dr Mahathir berkata kerajaan sedang berfikir sama ada untuk menutup, menjual atau membiayai semula syarikat penerbangan tersebut.

Pada awal bulan ini, ketua pegawai Eksekutif MAS, Izham  Ismail berkata, menutup syarikat penerbangan  kebangsaan adalah langkah yang salah. Beliau berkata lagi bahawa langkah itu akan menjejaskan banyak syarikat dan pihak berkepentingan yang menyediakan perkhidmatan kepada syarikat penerbangan itu.

Sementara tu, Menteri Pertahanan Mohammad Sabu telah mengadu mengenai kelewatan penerbangan oleh MAS, yang menyebabkan beliau terlepas pertemuan dengan Dr. Mahathir di London.

Pada hari Isnin, pejabat menteri memaklumkan bahawa pesawat MH2 terlambat sekitar 2.5 jam berlepas dari Kuala Lumpur, lebih dari seminggu yang lalu pada malam 15 Jun, Ini mendesaknya untuk melangkaui pertemuan ‘penting’ dengan Dr. Mahathir di London pada 16 Jun.

Menteri pertahanan yang dalam perjalanan ke Perancis namun melawat London untuk bertemu dengan perdana menteri.

MAS memohon maaf atas kesulitan itu pada hari berikutnya.

Sumber: CNA

Eyen Mirlen

write deeply from your heart