Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Stuff)

Kena Kencing Dari Atas Jambatan, Empat Penumpang Bot Cedera

Empat penumpang sebuah bot pelancongan tercedera selepas terkena air kencing seorang lelaki dari atas sebuah jambatan ketika bot yang dinaiki sedang melalui bawah jambatan tersebut.

Mangsa yang tercedera ialah tiga orang wanita, masing-masing berusia 38, 39 dan 48 tahun manakala seorang lagi mangsa ialah lelaki berumur 54 tahun.

Kejadian tersebut berlaku di Berlin, Jerman ketika berpuluh penumpang sedang menikmati keindahan alam dan bandar menaiki bot yang digelar sebagai River Spree.

Semasa kejadian itu, seorang lelaki yang masih belum dikenalpasti telah membuang air kecil dari atas Jambatan Jannowitz dan terkena penumpang bot berkenaan.

Ia menyebabkan mereka bertindak balas dan dalam keadaan huru-hara itu, kepala empat orang mangsa yang tercedera tadi telah terhantuk pada bahagian bawah jambatan selepas melompat daripada tempat duduk mereka.

Sejurus selepas menerima panggilan, seramai 16 anggota kecemasan telah bergegas ke tempat kejadian dan mangsa yang mengalami kecedaraan telah dihantar ke hospital menaiki ambulans.

Polis menyifatkan tindakan lelaki tersebut sebagai kurang waras, tidak normal dan mereka kini sedang menjejaki suspek untuk ditahan.

Sumber: The Independent

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi