Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: GCaptain/Litterplanet)

Penyelidik Antarabangsa Dakwa Malaysia Antara 10 Buah Negara Paling Banyak Mencemarkan Laut

Seperti yang kita tahu, lebih daripada 70% permukaan Bumi adalah air dan 96.5% daripada bekalan air dunia berpunca daripada lautan. Namun, kadangkala kita terlupa bahawa di dalam lautan luas itu juga, ada makhluk Tuhan yang bernyawa dan perlu dilindungi.

Kealpaan itu membuatkan sebahagian daripada kita tanpa rasa bersalah, membuang sisa plastik ke perairan. Sisa-sisa ini bukan sahaja mencemarkan air laut, malah ia juga boleh membahayakan nyawa hidupan yang tinggal di dalamnya.

Perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi ia turut dilakukan oleh penduduk di negara lain di dunia. Walaubagaimanapun, tahukah anda bahawa negara kita adalah antara negara terbanyak yang mencemarkan laut?

Ya, menurut laporan yang dipetik dari laman Statista, Malaysia adalah negara ke-lapan di dunia yang paling banyak melakukan pencemaran laut.

Secara purata, jumlah sisa plastik yang tidak diuruskan dengan baik dan dibuang ke perairan oleh negara kita ialah sekitar 900 kg manakala serpihan plastik pula mempunyai berat sekitar 370 kg.

Foto: Statista/WSJ

Apa yang mengejutkan, jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding yang dicatatkan oleh negara dengan populasi penduduk yang lebih ramai seperti Bangladesh, Nigeria, Brazil dan Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, jika melihat kepada carta di atas, boleh kita rangkumkan bahawa negara di benua Asia adalah yang tertinggi mencemarkan perairan dunia.

Selain Malaysia, terdapat tujuh lagi negara Asia yang tersenarai sebagai 10 negara paling banyak mencemarkan laut iaitu China, Indonesia, Filipina, Vietnam, Sri Lanka, Thailand dan Bangladesh.

Oleh itu, diharapkan agar rakyat di Asia dan Malaysia khasnya dapat mengubah perkara ini di masa akan datang dan menjadikan perairan kita jauh lebih bersih selepas ini.

Sumber: Statista, Plastic Ethics

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di