Siakap Keli
Gambar: Gulf News

“Saya Dah Tak Tahan Lagi, Minta Potong Tangan Saya” – ‘Manusia Pokok’

Seorang lelaki yang tinggal di Bangladesh terpaksa menahan kesakitan ekoran dirinya dijangkiti ketumbuhan di sekitar tangan yang menyeruapi kulit pokok.

Lelaki berusia 28 tahun itu dikenali sebagai ‘manusia pokok’ yang telah menjalani 25 pembedahan semenjak tahun 2016 untuk mengeluarkan ketuat disebabkan keadaan genetik yang jarang dikesan.

Walaupun telah menjalani pelbagai pembedahan, namun ketumbuhan itu terus merebak dan menjadi lebih besar sehingga menyebabkan dirinya terpaksa menanggung kesakitan.

Saya dah tak tahan sakit lagi, saya tidak boleh tidur pada waktu malam

Lelaki tersebut sebenarnya menghidapi penyakit ‘epidermodysplasia verruciforis’ iaitu keadaan kulit yang dilaporkan kurang terjadi kepada manusia. Penyakit ini menyebabkan ketuat merebak ke seluruh anggota badan dan menjadi lebih parah pada sistem imun yang lemah. Pesakit yang menghidapi ketumbuhan ini juga berisiko kepada kanser kulit.

Disebabkan tidak dapat menahan sakit tersebut, lelaki tersebut merayu kepada doktor agar memotong tangannya yang dijangkiti tersebut.

Saya meminta doktor memotong tangan saya supaya sekurang-kurangnya mendapat kelegaan

Menurut kata doktor yang telah merawatnya sebelum ini, mereka percaya bahawa mereka telah merawat penyakit tersebut namun telah mengalami ketumbuhan yang lebih besar dan cepat dari sebelumnya pada bulan Mei tahun lepas. Lelaki tersebut turut mempunyai keinginan untuk mendapatkan rawatan di luar negara, namun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak mempunyai wang.

Oleh itu, dia merayu kepada doktor untuk memotong sahaja tangannya yang dijangkiti itu supaya kesakitan yang dialaminya pada waktu ini akan berkurangan.

Sumber: Independent

syafiq halim

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di