Siakap Keli

TERKINI : Dua Gegaran Dalam Sehari, Gempa Bumi Susulan Sekali Lagi Gegarkan Indonesia

Dalam tempoh kurang 24 jam, Irian Jaya, Indonesia sekali lagi digegarkan dengan gempa bumi yang baru sahaja melanda sebentar tadi.

Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.3 skala Richter itu berlaku di daerah tersebut pada jam 1.35 pagi hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, gegaran itu berlaku pada kedalaman 61 kilometer dan jarak 253 kilometer Barat dari Jayapura, Indonesia.

Bagaimanapun, setakat ini ia tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.

Terdahulu, gempa bumi kuat dengan 6.1 magnitud pada skala Richter telah melanda kawasan yang sama jam pada jam 9.05 pagi.

Sumber : Malaysian Meteorological Department

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.