Siakap Keli
Gambar: Twitter

(Video) “Maaflah, Dah 19 Tahun Takdok Tangan” Kesetiaan Pasangan Ini Buat Warga Maya Terharu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Benarlah kata orang tua, cinta tak perlukan sebab. Cintai bunga, bunga akan layu. Jika cintai seseorang kerana fizikalnya, lama kelamaan cinta itu akan hilang apabila meningkat usia. Jika kerana sempurna sikapnya, kita akan kecewa apabila melihat kelemahannya ketika sedih atau marah kerana tiada sesiapa yang sempurna.

Seorang pengguna Twitter, Nuha Adenan telah membuatkan ribuan warga maya tersentuh melihat kesetiaannya terhadap pasangannya, Nadzriel Shazran Marzuki yang kelainan upaya. Dia telah berkongsi sebuah video sambutan hari lahir Nadzriel dengan kapsyen,

Happy birthday. Katanya, “Maaflah, dah 19 tahun tak ada tangan.”

Perkongsian tersebut mendapat 27 ribu likes dan 24 ribu ulang kicau di laman tersebut.

Jangan tanya kenapa saya pilih dia, saya pun tak tahu

“Saya gembira sangat tengok dia tersenyum. Saya tahu kehidupan awak tak mudah. Awak dah lalui banyak ujian sejak kecil sampai sekarang. Awak berhak bahagia, dear. Jangan tanya saya kenapa saya pilih dia, saya pun tak tahu kenapa.”

Mereka berdua merupakan pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun.

Terharu

“Jaga si dia elok-elok, moga bahagia selalu”

Moga berkekalan

Semoga pasangan ini dipermudahkan urusan pernikahan mereka pada masa akan datang dan berbahagia sehingga ke syurga-Nya.

Sumber: Nuha Adenan

Amira

Love yourself.