Siakap Keli

(Video) Runtun Hati Ini, Cikgu Rakam Murid Gigih Dukung Kawan ‘Istimewa’ Dalam Hujan Lebat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa bukan satu tugas yang mudah. Lebih hebat ujiannya ketika dianugerahkan dengan anak ‘istimewa’ seperti contoh yang menghadapi austime atau anak yang lemah dalam pembelajaran.

Setiap hari ibu bapa bukan sahaja berperang dengan emosi, bimbang memikirkan masa depan si anak, malah menahan telingan daripada cemuhan dan sindiran masyarakat yang tidak mengerti.

Cabaran lebih hebat jika menghantar anak istimewa ini ke sekolah. Jauh daripada pandangan mata ibu bapa, hati pasti resah memikirkan bagaimana mereka bergaul dengan rakan-rakan dan bagaimana pula penerimaan orang lain terhadap mereka.

Namun, satu rakaman video pendek yang dikongsi oleh seorang guru di Facebook melalui page ”Austisme Malaysia” ternyata mengundang rasa terharu ramai netizen.

Video yang diambil oleh Maslika Ramli itu menunjukkan seorang pelajar perempuan mendukung seorang lagi pelajar perempuan berkeperluan khas di sekolahnya kerana hujan lebat. Pelajar bekeperluan khas itu pula dilihat memegang payung bagi melindungi mereka berdua daripada hujan lebat.

Guru berkenaan tersentuh kerana gadis yang membantu mendukung pelajar itu adalah daripada gred kelas yang teratas di sekolahnya. Gadis itu bukan sahaja menunjukkan nilai murni yang baik, malah memberikan rasa ‘nyaman’ bagi ibu bapa kerana masih ada insan yang prihatin terhadap anak istimewa mereka.

”Kejadian sewaktu hujan lebat awal pagi tadi, yang didukung itu murid saya, murid pendidikan khas, tapi yang mendukung tu murid kelas perdana.

”Saya berkongsi video ini kerana saya mahu ibu bapa yang memiliki anak berkeperluan khas yakin dan percaya bahawa masih ramai insan yang prihatin pada anak-anak tuan puan.

”Sesungguhnya mereka adalah anugerah Allah untuk kita semua, menyantuni mereka dalam apa jua cara,’tulis Maslika.

Setakat ini, video tersebut telah mendapat hampir 2,300 reaksi dan lebih daripada 200 komen dan perkongsian.

Rata-rata netizen terutamanya yang memiliki anak isimewa memuji tindakan gadis berkenaan kerana membantu pelajar itu tanpa mengira siapa pun.

”Harap-harap anak saya di sekolah pun dikelilingi insan seperti ini”

”Bagus didikan ibu ayahnya..”

”Tuhan mahu menguji orang di sekeliling dengan kehadiran anak istimewa”

Tonton video di bawah :

Sumber : Maslika Ramli via Autisme Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.