Siakap Keli

(Video) ”Suami Dia Meraung Kutip Badan Isteri, Anak Putus” Nahas Helikopter Paling Ngeri 1997 Masih Segar Dalam Ingatan Rakyat Malaysia

“Nahas ngeri yang terbayang sehingga kini.”

Itu yang dapat disimpulkan apabila mengimbas kembali insiden tragis yang berlaku 22 tahun dahulu sehingga meninggalkan impak yang besar di hati rakyat Malaysia.

Helikopter jenis Bell Long Ranger IV terhempas dan meragut lima nyawa ketika dalam proses melengkapkan kerja pemasangan menara pemancar Maxis di kawasan perindustrian Sri Damansara, Kuala Lumpur pada 14 Jun 1996.

Masih ingatkah anda dengan kejadian ini?

Tiga daripada lima yang terkorban ialah juruterbang dan pembantunya. Manakala dua mangsa lain ialah warga Indonesia iaitu seorang wanita sarat mengandung dan anaknya yang terkena rangka helikopter yang terhempas semasa kejadian tersebut.

Mereka ketika itu dikatakan berada di stesen bas berhampiran. Apa yang paling menyayat hati, adalah raungan pilu seorang suami dan bapa apabila melihat jasad isteri dan anaknya itu putus terburai di depan mata kerana terkena belahan kipas dari helikopter.

Tape rakaman tersebut yang sempat diambil oleh saksi kejadian menjadi tular pada tahun berkenaan. Baru-baru ini, ianya ditontonkan semula oleh pihak buletin TV3 dan sekaligus menarik perhatian netizen untuk menceritakan pengalaman mereka ketika kejadian itu berlaku.

Biarpun dua dekad telah berlalu, rata-ratanya  masih tidak dapat melupakan kejadian negeri tersebut yang dianggap sebagai antara nahas paling menyedihkan. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.

Saksi hari kejadian

Suami meraung kejar dengan batang paip

Petang yang amat tragik

Memang ngeri mayat anak dan wanita itu

Sampai sekarang tak boleh lupa

Dua minggu sebelum kejadian pengalaman bersama Kapten Rahman

Tonton video di bawah :

Sumber: Video Buletin TV3

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.