Siakap Keli
Gambar: UDN.com

Awas Jika Gunakan Sinki Jenis Ini, Kanak-Kanak Cedera Parah Akibat Sinki Runtuh

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun cedera parah apabila sinki di bilik air rumahnya runtuh dan pecah mengenainya pada Jumaat lepas di Yongkang, Tainan.

Kanak-kanak tersebut dikatakan menekan struktur sinki berkenaan ketika menggunakannya.

Akibat ditekan, sinki ‘tergantung’ yang tidak mempunyai sokongan di bahagian bawah itu runtuh lalu pecah dan mencederakan kanak-kanak tersebut.

Setelah terdengar jeritan di bilik mandi, keluarga mangsa mendapatkannya dan menghantar mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Gambar: UDN.com

4 jam pembedahan

Pengarah Pusat Rawatan Chimei, Lin Youxi berkata, kanak-kanak lelaki bernama Wang itu dihantar ke hospital oleh keluarganya.

Akibat kecederaan yang teruk melibatkan 8 saraf dan fraktur pada lengan kirinya, tiga pakar bedah ditugaskan untuk menjalankan pembedahan ke atas mangsa menggunakan 2 mikroskop pembedahan serta 3 set peralatan mikroskopik.

Gambar: UDN.com

Pembedahan ke atas Wang yang mengalami koyakan pada otot dan saraf peha kanan, koyakan otot dada kanan, pecah satu arteri, satu urat dan lima saraf lain mengambil masa sehingga 4 jam.

Kini, mangsa yang trauma bakal dipantau sekurang-kurangnya seminggu di hospital serta memerlukan proses rehabilitasi kerana kecederaan yang teruk. Mangsa juga dikhuatiri mengalami masalah pergerakan pada masa hadapan.

Elakkan menekan sinki

Gambar hiasan.

Akibat kejadian ini, ibubapa diingatkan untuk menasihati anak-anak agar tidak menekan sinki yang digunakan. Sebaiknya, gunakan sinki yang mempunyai platform dan sokongan pada bahagian bawah bagi keselamatan anak-anak.

Selain itu, periksa keadaan sinki secara berkala bagi mengenalpasti sebarang tanda kerosakan seperti retak dan sebagainya.

Sumber: UDN.com

Amira

Love yourself.