Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Understood)

”Balik Sekolah Dia Minum Detox Penuh Lemon Sampai Sakit Sebab Nak Kurus”, Seleberiti Kongsi Kisah Adik Kena Buli

Buli adalah satu gejala negatif yang perlu dihentikan serta-merta. Lebih teruk lagi, gejala ini biasanya terjadi ketika di bangku sekolah dan jika dibiarkan, ia mampu memberi kesan buruk, baik kepada mangsa atau pelaku di masa akan datang.

Ia tidak semestinya melibatkan sentuhan seperti pukul, tetapi kata-kata yang keluar dari mulut juga boleh mengakibatkan seseorang itu disakiti sekaligus menyebabkan keyakinan dirinya turun mendadak.

Itulah yang dikongsikan oleh selebriti tanahair, Haneesya Hanee melalui akaun Instagram-nya baru-baru ini. Dalam kiriman itu, beliau menceritakan apa yang terjadi kepada adik lelakinya yang merupakan mangsa buli di sekolah.

View this post on Instagram

This is a sad story about my little baby brother & I hope people, parents, kids, teenagers or anyone will take this matter srs. So my baby brother has been bullied since standard 4 n he has been very patient with all his bullies because mommy never teach us to “balas” balik. Mommy also told him that “tangan adik bisa” I mean look at his hand man. All his bullies pulak smaller than him. Now adik is taking UPSR n he has this problem he doesn’t want to go too school. We thought because he mls but turns out he is being bullied. We knew the problem but we keep motivating him n he was okay at first but because he “pendam” his feelings it got worse. Yesterday adik was being called “Gajah” by this kid over n over again. When he came home he started to drink detox water. But his detox he put a lot of lemon. This morning adik didn’t want to go to school but we forced him cos exam is coming but he didn’t go to class. He was in the toilet because sakit perut n tak nak keluar. How we know? Mommy has this instinct so she called the teacher ask did he attend his class the teacher said no. Mommy straight away went to school n looked for him. Moral of the story, it shows that words can really effect a person no matter how big or strong they look. Bullies can be in many shape n sizes too. As a sister I see my mom reminding my brother not to bully anyone or hit anyone. As a parent you should remind your kids that bullying is not okay. If I’m a parent I would say bullying is a crime. Everything starts from home. I’m really sorry that my baby brother has to go through this. It hurts u know cos at 12years old he is going through a lot in school n school is supposed to be a fun place to go. Parents, do your part monitor your kids, do ask how was your day is in school, do you get bully, what did you learn today. Small things matter cos we don’t want it to lead too bigger matter.

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee) on

Ini adalah kisah sedih tentang adik lelaki saya & saya harap masyarakat, ibu bapa, kanak-kanak, remaja dan sesiapa sahaja mengambil serius tentangnya. Adik lelaki saya ini telah dibuli sejak Tahun 4 dan selama ini hanya bersabar kerana ibu kami tidak mengajar kami untuk balas balik.

Ibu turut beritahunya, “Tangan adik bisa”, maksud saya lihatlah tangannya bagaimana. Semua yang membuli dia lebih kecil daripadanya. Kini adik akan mengambil UPSR tapi dia tidak mahu ke sekolah. Mulanya kami ingat sebab dia malas, tetapi hakikatnya dia dibuli.

Kami tahu masalah dia dan cuba untuk motivasikannya, dia okay pada awalnya tapi sebab dia pendam, masalah itu menjadi makin teruk. Semalam, adik dipanggil “gajah” berulang kali. Bila dia balik, dia mula minum air detox. Tapi, dia letakkan terlalu banyak limau di dalamnya.

Pagi ini dia tidak mahu ke sekolah, tapi kami paksanya kerana peperiksaan semakin hampir, namun dia tak masuk kelas. Dia berada dalam tandas sebab perutnya sakit dan tak nak keluar. Macam mana kami tahu? Sebab naluri seorang ibu, dan ibu terus hubungi pihak sekolah bertanya sama ada adik masuk ke kelas atau tidak, dan gurunya kata tidak.

Ibu terus ke sekolah dan mencari adik. Moral dari kisah ini, perkataan yang keluar dari mulut kita boleh menyakiti sesiapa sahaja, tak kisah betapa besarnya atau bertapa kelihatan kuatnya mereka. Buli boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan saiz juga. 

Sebagai kakak, saya lihat ibu sering ingatkan adik untuk tidak membuli atau pukul orang lain. Sebagai ibu bapa, anda perlu ingatkan anak-anak untuk tidak membuli. Jika saya ada anak, saya akan beritahu mereka yang buli itu adalah jenayah. Semuanya bermula dari rumah.

Saya kasihankan adik saya kerana terpaksa mengharungi perkara sebegini pada usia 12 tahun walau sepatutnya, sekolah adalah tempat yang seronok. Ibu bapa, tolong perhatikan anak anda, tanya mereka apa yang dilakukan di sekolah, adakah mereka dibuli, apa yang mereka belajar di sekolah hari ini.

Perkara kecil ini penting kerana jika tidak dibendung, ia boleh menjurus kepada kejadian yang lebih besar.”

Sumber: IG haneesyahanee

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi