Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto:IG Ronaldo/Oukas)

Pemurahnya Ronaldo, Bagi Tips Puluhan Ribu Ringgit Kepada Pelayan Hotel Tempat Bercuti

Anda tidak perlu menjadi seorang peminat tegar bola sepak pun untuk mengenali individu berasal dari Portugal bernama Cristiano Ronaldo ini. Selain terkenal dengan aksinya di atas padang, beliau turut dikenali dengan sifat pemurahnya apabila kerap menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Dengan bayaran gaji yang dilaporkan mencecah €31 juta(~RM146 juta) setahun di kelab Juventus, wang sememangnya bukan masalah buat Ronaldo.

Mungkin atas alasan itulah beliau dikatakan telah memberikan tips berjumlah lebih RM90,000 kepada kakitangan sebuah hotel di Greece kerana telah melindungi beliau dan keluarganya yang sedang bercuti di sana baru-baru ini.

View this post on Instagram

Enjoy the view 🧜🏼‍♂️😉👌🏻

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Memetik laporan AS, beliau dilaporkan amat berterima kasih kepada 10 orang kakitangan di sana selepas bertungkus-lumus menghalang paparazzi untuk mengganggu mereka sekeluarga.

Pemenang anugerah pemain terbaik dunia, Ballon d’Or sebanyak lima kali itu berpindah ke Juventus dari Real Madrid pada awal musim lepas dan telah mencatatkan 33 gol dan 14 bantuan gol dalam semua kejohanan.

Beliau juga dikatakan telah berjumpa dengan pengurus baru Juventus, Maurizio Sarri dan dimaklumkan olehnya bahawa dia akan bermain di kawasan tengah pada musim depan berbanding sayap sebelum ini.

Sumber: AS, GivesMeSport

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi