Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: MirrorUK/MetroUK)

Bapa Tergamak Tinggalkan Anak OKU Sendirian Sehingga Mati Kelaparan

Seorang bapa berusia 46 tahun telah ditahan polis atas tuduhan membunuh anak perempuannya berumur 21 tahun yang juga merupakan orang kelainan upaya(OKU). Kejadian ini dilaporkan berlaku di Arizona, Amerika Syarikat.

Anaknya meninggal dunia pada Julai tahun lalu, dan selepas siasatan dijalankan, lelaki itu dikatakan gagal memberi penjagaan sepatutnya kepada anaknya yang dipercayai lumpuh seluruh badan.

Suspek didakwa tidak memberi makan, minum dan tidak menghantar anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan selama tiga bulan.

Selepas mendapati anaknya tidak bernyawa, suspek telah membawa mangsa ke hospital, namun dia disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.

Apabila pihak polis pergi ke rumah suspek untuk melakukan penyiasatan lanjut, mereka menemui dua ekor anjing yang kurus kering, kehausan dan kelaparan, dipercayai milik suspek.

Selepas pihak hospital melakukan pemeriksaan ke atas mayat mangsa, mereka merumuskan bahawa mangsa mati dibunuh sekaligus membawa kepada penahanan suspek Jumaat lalu.

Lelaki itu akan didakwa atas tuduhan bunuh, penderaan selain dua tuduhan mendera haiwan. Dia kini berada dalam tahanan polis sebelum dihadapkan ke mahkamah pada 28 Jun ini.

Sumber: Metro UK

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi