Siakap Keli

Baru Dua Minggu Kerja, Pekerja Maut ‘Disedut’ Mesin Giling Sosej

Setiap pekerjaan sudah pastinya mempunyai risiko kecederaan terutamanya yang melibatkan mesin dalam proses pengeluaran. Oleh itu, pelbagai langkah telah diperkenalkan bagi mengatasi risiko ini. Walau bagaimanapun, kecederaan tetap berlaku di tempat kerja dan ada yang sehingga meragut nyawa pekerja.

Begitulah yang terjadi di sebuah kilang sosej yang terdapat di Filipina apabila seorang pekerjanya maut ketika menjalankan tugas.

Seorang pekerja berumur 18 tahun telah meninggal dunia setelah disedut ke dalam mesin penggiling daging. Menurut laporan, kejadian yang berlaku pada pukul 7.30 pagi itu bermula apabila lengan pekerja tersebut ditarik dahulu mesin sehingga membawa badannya sekali.

Pekerja tersebut sebenarnya baru sahaja memulakan tugasnya di kilang tersebut selama dua minggu. Setelah dikeluarkan daripada mesin tersebut, mayat pekerja tersebut masih berada dalam keadaan yang baik.

Pihak polis yang turut berada di tempat kejadian percaya bahawa kematian pekerja tersebut adalah disebabkan kemalangan dan tiada tanda-tanda khianat ke atas kejadian tersebut.

Sumber: Lad Bible

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa