Siakap Keli

Berang Pelajar Bawa Telefon Ke Sekolah, Pengetua Hancurkan Satu-Satu Guna Tukul

Sekolah dan beberapa institut pengajian merupakan tempat larangan untuk membawa atau menggunakan telefon bimbit. Larangan tersebut dilaksanakan adalah supaya para pelajar dapat memberikan tumpuan terhadap pelajaran di dalam kelas.

Gambar: Perak Today

Namun begitu, terdapat segelintir pelajar yang ingkar dengan peraturan tersebut dan berdepan hukuman yang ditetapkan pihak sekolah.

Pengetua sebuah sekolah di Indonesia bertindak menghancurkan kesemua telefon bimbit pelajar yang dirampas menggunakan tukul di hadapan pelajar-pelajar.

Tindakan itu dibuat bagi memberi pengajaran kepada setiap pelajar bahawa membawa peranti itu ke sekolah adalah sama sekali dilarang.

Setiap peraturan yang telah dibuat oleh pihak sekolah sudah semestinya mempunyai sebab-sebab tertentu. Fokus mahupun tujuan ke sekolah mungkin akan tersasar dengan kehadiran telefon yang boleh mendatangkan leka terhadap penggunanya.

Sumber: Tribun-Medan

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa