Siakap Keli
Gambar Hiasan

Betul Ke Lambatkan Tarikh Akhir Period Untuk Elak Induce?, Jawapan Jururawat Ini Buat Ibu Hamil Buka Mata

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin kebanyakkan ibu hamil menipu tarikh terakhir datang bulan hanya kerana bimbang dipaksa bersalin. Namun, tindakan seperti itu sebenarnya boleh mendatangkan risiko bahaya kepada bayi yang dikandung.

Perkongsian ini khas untuk bakal ibu, baca dan fahamilah kenapa tidak boleh menipu tarikh terakhir tersebut. Perkara ini dikongsikan oleh Bel Nawhen di dalam laman Facebooknya untuk pengetahuan semua kerana ramai yang bertanyakan tentang lewatkan tarikh period masa nak pastikan hamil.

Baginya, ramai ibu yang gemar ‘mencuri’ tarikh akhir period (LMP) dengan melewatkannya kira-kira dua minggu atas alasan takut induce oleh pihak hospital jika sudah terlebih bulan. Mereka ditakut-takutkan dengan kekejaman pihak hospital yang akan memaksa ibu melahirkan bayi walau belum cukup masanya lagi.

Mengikut jururawat ini, beliau sendiri pernah baca satu soalan di sebuah page, katanya ikut kiraan sebenar sudah 42 minggu, tapi dia curi waktu dan beritahu waktu kelahirannya lewat dua minggu dari dari sebetulnya.

Ada juga yang cakap cukup 40 minggu walhal 42 minggu, dan si ibu mula bimbang kerana kandungan sudah tidak bergerak. Tetapi sebab dah terlajak menipu maka diteruskan kehamilan hinggalah si ibu demam beberapa hari selepas itu. Bayi siap sudah berak lagi di dalam perut. Dan perlukan ’emergency caesarean’.

Jangan bertindak begitu, ia akan mengakibatkan masalah kepada bayi anda sendiri. Kebiasaannya untuk bayi terlebih bulan ini, rambut mereka penuh dan berbulu pada badan beberapa hari dan kemudian akan gugur lepas itu.

Kenapa tidak boleh ‘curi’ LMP?

1. Risiko kematian yang tinggi jika tempoh kehamilan lebih 42minggu kerana placenta tidak dapat berfungsi seperti biasa.

2. Placenta dianggap sudah ‘tua’ dan tidak mampu membekal oksigen serta nutrisi kepada bayi.

3. Bayi berisiko mengalami lemas kerana kekurangan bekalan oksigen dari placenta.

4. Perkembangan bayi menjadi perlahan dan mungkin berhenti kerana ketiadaan ruang untuk membesar di dalam rahim.

5.  Tekanan jantung bayi menjadi lemah atau bayi mungkin berak di dalam rahim lalu tertelan najis sendiri.

Kerana itu apabila anda jujur dengan LMP anda, doktor dan kakitangan kesihatan lain boleh memantau keadaan anda dengan lebih kerap.

Orang cakap bila serah diri, maka kena paksa lahirkan bayi.

Sebenarnya tak semua kelahiran memerlukan Induction Of Labour (IOL). Doktor akan kenalpasti keperluannya dahulu sebelum membuat keputusan begitu. IOL dilakukan jika terdapat keadaan yang boleh mengancam nyawa kedua-dua ibu dan anak.

Jadi, sebelum nak curi tarikh LMP, fikirkan dahulu pro dan cons sebarang tindakan anda.

 

Sumber : Bel Nawhen

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang