Siakap Keli
Gambar: Daily Express

“Dia Tunjuk Langit Sambil Menangis,” Tulisan Misteri Wanita Selepas 27 Minit Hidup Semula Jadi Tanda Tanya

Seorang wanita disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung dan telah cuba disedarkan sebanyak enam kali. Namun, setelah dibawa ke hospital, wanita tersebut berjaya ‘dihidupkan’ menggunakan alat rawatan khas selama 27 minit meninggal dunia.

Walau bagaimanapun, setelah dihidupkan semula wanita tersebut tidak dapat bercakap dan perkara pertama yang dia lakukan adalah meminta pen. Wanita tersebut yang dikenali sebagai Tina Hines menulis sesuatu yang tidak diketahui apakah maksudnya. Setelah diteliti dengan lebih mendalam, tulisan itu seakan-akan membawa maksud seperti seruan kanak-kanak yang berbunyi “Ia nyata”.

Berikutan itu, orang yang berada di dalam bilik tersebut bertanyakan tentang ‘perkara nyata’ tersebut dan lantas Tina HinesĀ  menunjuk ke arah langit sambil menangis.

Kini, tulisan tersebut telah diabadikan pada tangan anak saudara wanita tersebut, Madie Johnson menerusi cacahan tatu. Gambar tatu pada pergelangan tangannya itu telah dikongsikan melalui laman Instagram miliknya dan mendapat perhatian rata-rata warganet dengan mencatatkan lebih 20 ribu tanda suka.

https://www.instagram.com/p/By3ue1opGTW/

Setahun yang lalu, makcik Tina merupakan seorang yang hebat, cergas dan juga sihat, saya tidak menyangka dia terkena serangan jantung dah disahkan meninggal dunia.

Dia telah diletakkan ke atas defibrillator dan ‘dihidupkan’ semula. Perkara pertama yang dibuat adalah meminta pen lalu menulis ‘contengan’ ini dalam buku nota milik sepupu.

Apabila ditanya mengenai apa yang ‘nyata’, dia tunjukkan ke langit sambil menangis

Walau bagaimanapun, tulisan tersebut masih menjadi misteri dan tanda tanya dalam kalangan ahli keluarga terdekat dan juga rata-rata warganet. Perkara ini menjadi lebih tanda tanya berikutan wanita tersebut menunjuk ke arah langit sambil menangis selepas ditanya mengenai tulisan tersebut.

Sumber: Mirror UK, Madie Johnson

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa