Siakap Keli
Gambar : Youtube

Hanya Satu Di Rantau Asia, Ramai Tak Tahu Pesawat Milik Malaysia Ini Pernah Tabur Jasa Sampai Indonesia

Jerebu Asia Tenggara 2015

Masihkah anda tentang krisis pencemaran udara yang berlaku pada tahun 2015 dulu? Bukan hanya di Malaysia, malah ia turut menjejaskan beberapa negara dalam lingkungan Asia Tenggara seperti Singapura, Brunie, Vietnam, Thailand, Kemboja dan Filipina.

Ia disifatkan sebagai fenomena jerubu terburuk dalam sejarah ketika itu. Banyak sekolah ditutup, penerbangan mahupun acara luar terpaksa dibatalkan. Bahkan, untuk keluar rumah ketika itu adalah tidak digalakkan kecuali dengan memakai topeng muka.

Fenomena berkenaan berpunca dari pembakaran terbuka yang terjadi di sebuah hutan, Indonesia di mana para petani cuba membersihkan tanah dengan cara terbabit. Namun keadaan itu bertambah teruk tatkala wujudnya dua ribut tropika di selatan Fili­pina yang sekaligus menolak asap jerebu ke negara kita.

Gambar : BBC

Peristiwa Terlakarnya Sejarah

Kebakaran raksasa ini menelan kawasan setara 32 kali besarnya wilayah Jakarta. Menurut Ketua Pusat Data dan dan Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), kebakaran tersebut sudah merebak lebih 2.089.911 hektar.

Ketika ia cuba untuk ‘memakan’ lebih banyak kawasan, Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menghantar sebuah pesawat jenis Bombardier CL415MP dan helikopter AS 365 N3 Dauphin milik mereka.

Bombadier Aset Bernilai, Hanya Dimiliki Malaysia Di Seluruh Rantau Asia

Betapa hebatnya teknik ‘water bombing’ yang memadamkan api dari udara dan ianya merupakan teknik agung yang hanya dimiliki oleh Malaysia ketika itu. Pesawat Bombardier itu berupaya menyedut air sebanyak 6,137 liter dalam tempoh 12 saat. Malah kecepatanya boleh mencapai 148 km per jam.

Bombardier CL-415MP

Meskipun jarak kawasan operasi terhad sekitar 80 batu nautika dari lapangan terbang, pesawat Bombardier CL 415 berupaya melaksanakan antara 15-20 ‘water bombing’ sehari dengan menceduk punca air dari Sungai Lumpur yang terletak berhampiran kawasan kebakaran.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=JxXipCVRJSA?start=1]

Lebih membanggakan adalah kecekapan juruterbang APMM mengendalikan pesawat CL 415 terutama semasa membuat pendaratan untuk mencedok air di permukaan Sg Lumpur yang lebar antara 50-60 meter dan melepaskan air pada paras 100 kaki di kawasan kebakaran.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=dqUgAQlMmnE?start=4]

Manakala helikopter AS 365 N3 Dauphin pula akan digunakan untuk mengesan punca-punca kebakaran.

Hercules C130
25 orang pegawai penguatkuasa Maritim Malaysia terlibat dalam operasi berkenaan dan mengambil masa selama lima hari untuk memadamkan kebakaran itu sepenuhnya. Malah, Hercules C130 yang merupakan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga diarahkan rentas sempadan sebagai aset kesokongan untuk membawa segala keperluan dan logistik.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=USR2ptCQ048?start=30]

Jasa ‘Bergema’ Di Laut Hingga Ke Udara, Nama Yang Sentiasa Dikenang Seisi Daratan

Aksi yang dilakukan oleh Juruterbang Pesawat Bombardier CL415 MP itu ternyata bukanlah sesuatu yang mudah dan ianya ternyata mendapat pujian dari seluruh warga terutamanya dari Laksamana Madya Maritim Dato’ Che Hassan Bin Jusoh.

Beliau begitu berbangga dengan tindakan berisiko Komander Maritim Azizan bin Buang yang berani mengambil risiko untuk turun ke sungai kecil untuk mengambil air.

Nama Azizan Buang menjadi sebutan bukan sahaja di Malaysia malah seluruh rantau Asia ketika itu malah turut dijemput ke beberapa buah rancangan bual bicara untuk berkongsikan pengalamannya.

Komander Maritim Azizan bin Buang (Gambar : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)

Namun perancangan Allah lebih baik, pada 10 Jun 2017, negara dikejutkan dengan pemergian pahlawan Maritim Malaysia ini. Komander Azizan Buang disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada pukul 10.05 pagi.

Allahyarham yang dikatakan menghidapi jangkitan kuman pada paru-paru itu meninggalkan seorang balu bersama 2 orang anak lelaki. Wira maritim berkenaan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Merbau Sempak, Shah Alam.

Namanya yang pernah disebut-sebut kerana mengetuai misi Pesawat Bombardier milik APMM yang ditugaskan memadam kebakaran terbesar di kawasan Sumatera Selatan, Indonesia pada 2015 pastinya akan terus diingati oleh rakyat Malaysia.

Gambar : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Rujukan

[1] Utusan. (2015). Dipetik dari Jerebu Terburuk Dalam Sejarah pada 23 Jun 2019.

[2] Utusan. (2015). Dipetik dari Malaysia Hantar Dua Pesawat Padam Kebakaran Di Indonesia pada 23 Jun 2019

[3] Abraham Utama. (2015). Dipetik dari BNPB: Kebakaran Hutan 2015 Seluas 32 Wilayah DKI Jakarta pada 23 Jun 2019

[4] Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.