Siakap Keli
Gambar Hiasan

Huawei Tutup Operasi Tenaga Solar Di Amerika Syarikat

Huawei Technology Co. Ltd telah menutup perniagaan tenaga solarnya di Amerika Syarikat walaupun ia sedang berkembang pesat. Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak Huawei setelah isu ‘perperangan’ yang terjadi di antara syarikat berkenaan dengan kerajaan kendalian Trump itu.

Jurucakap Huawei menjelaskan bahawa mereka telah memberhentikan operasi penjualan peralatan solar di Amerika Syarikat. Perkara ini dilakukan setelah ada ura-ura menyatakan bahawa China bakal ‘menganggu’ bekalan elektik di Amerika sekiranya ia berterusan.

Walhal sebelum ini Huawei sudah berdepan dengan pelbagai tentangan dari Amerika terutamanya apabila peralatan telekomunikasi diharamkan penjualannya di sana. Malah Huawei juga dilarang untuk membeli sebarang peralatan dari Amerika Syarikat.

Dengan terjadinya pelbagai isu dan spekulasi terbabit, pihak Huawei telah memutuskan untuk menutup operasi tenaga suria itu.

Jurucakap Huawei mengatakan lagi,

“Sejak beberapa bulan ini kami terpaksa membuat langkah untuk menyelaraskan strategi perniagan kerana kehadiran kami seolah-olah tidak diundang di sini. Setelah mengkaji dan meneliti beberapa aspek, kami telah membuat keputusan sukar untuk menghapuskan beberapa operasi kami di sana.”

Tambahnya lagi,

“Namun, semua jaminan dan perkhidmatan pelanggan akan terus beroperasi seperti biasa.”

Sumber : Financial TimesAsian Nikkei Review 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.