Siakap Keli
Gambar : Bernama

Insiden Tanah Runtuh: Semua 4 Mayat Warga Myanmar Berjaya Ditemui

Malam tadi kita dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di tapak pembinaan di Jalan Tanjung Bungah George Town. Lebih menyedihkan tatkala menerima berita satu demi satu mangsa yang merupakan pekerja warga Myammar ditemui oleh pihak Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang.

Dan terbaru, sekitar jam 3.35 pagi tadi mayat yang keempat telah berjaya ditemui dan usaha mengeluarkannya sedang dijalankan

Memetik Bernama,  Seorang tukang kebun mendakwa mendengar satu dentuman kuat sebelum melihat sebuah tembok penahan di lereng bukit berdekatan sebuah pusat peranginan di Tanjung Bungah di sini runtuh malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata tukang kebun itu, Zulkefli Tinggal, 61, memberitahu polis bahawa tembok berkenaan sedang dibina pekerja warga Myanmar yang hanya dikenalinya dengan nama Ong, bersama-sama tiga lagi rakan senegara Ong.

“Saksi ini paling awal menyedari kejadian dan berada berhampiran tempat kejadian sebelum memaklumkan pemilik resort tentang apa yang berlaku,” kata Che Zaimani dalam satu kenyataan menerusi WhatsApp.

Menurut saksi lagi, Ong sudah bekerja di pusat peranginan itu hampir tiga tahun sebagai petugas penyelenggara.

“Saksi juga berkata keempat-empat warga Myanmar itu sudah menjalankan kerja-kerja pembinaan tembok itu sejak seminggu lepas,” kata Che Zaimani.

Ketua Polis Daerah Timur Laut itu berkata pemilik pusat peranginan itu memberitahu keempat-empat warga Myanmar itu datang menawarkan diri untuk membina tembok penahan tanah namun hanya mengenali Ong.

“Pemilik semasa ditemu bual menyatakan beliau tidak mengenali tiga pekerja lain kerana mereka dibawa oleh Ong,” kata Che Zaimani dan Ong diberi tempoh 20 hari untuk menyiapkan kerja berkenaan.

Susulan tanah runtuh itu yang dilaporkan berlaku 9.25 malam hari Selasa, mayat tiga pekerja asing itu telah ditemui manakala usaha mencari satu lagi mangsa diteruskan setakat 2.45 pagi ini.

Sementara itu, satu mayat tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang pada 2.35 pagi ini untuk dibedah siasat setelah berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian.

Sumber : Bernama

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.