Siakap Keli

Juruterbang Terlelap Atas Awan, Pesawat Terlajak Sampai 78km Daripada Destinasi Mendarat

Seorang juruterbang Australia dilaporkan terlajak sejauh 78 kilometer dari destinasi setelah tertidur ketika penerbangannya. Pesawat tersebut telah dijadualkan untuk mendarat di King Island tetapi telah terlajak dalam jarak yang agak jauh. Kejadian ini berlaku dipercayai disebabkan juruterbang tersebut tidak dapat tidur dan letih seharian.

Ketika kejadian, juruterbang itu merupakan satu-satunya individu yang berada di dalam pesawat Piper PA-31-350 itu. Juruterbang yang terlelap menyedari pesawatnya berada dalam keadaan ‘autopilot’ dan telah membawanya sejauh 78 kilometer daripada destinasi yang ditetapkan. Walaupun pusat kawalan udara cuba menghubunginya, namun usaha tersebut tidak berjaya.

Gambar: Flipboard

Setelah tersedar, juruterbang tersebut berpatah balik dan mendarat di King Island tanpa sebarang kecederaan dan kerosakan pada pesawat.

Berikutan kejadian tersebut, juruterbang digalakkan untuk mengubah suai rutin tidur harian mereka bagi memastikan mereka mendapatkan rehat yang cukup.

Ini kerana, keletihan yang dialami oleh juruterbang boleh mempengaruhi prestasinya penerbangan yang mungkin boleh meragut nyawa.

Sumber: News.com.au

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa